Saturday, August 14, 2010

Bersua Kembali ~~~ :-)

Assalamualaikum...
Semoga sihat sentiasa semua...

Emm.. jarang-jarang aku nak update blog. Komitmen banyak, bukan selalu aku leh buat. Sehinggakan begitu pantas ku rasakan masa berlalu. Tup tap tup tap.. dah dalam bulan Ramadhan. Bulan OGOS. Tak lama lagi dah nak raya. Cepat masa berlalu, kan? Sampai terkadang2 kita terlupa, masih banyak azam kita yang belum tercapai. Berjayakah kita? Anda bagaimana? Aku masih macam dulu. Tak banyak yang berubah. Cuma dari segi kematangan tu, of coz.. Umur makin meningkat. hahaha....

Apa topik yang aku nak bawa kali ini eh? Kehidupanku? Kerjaya? Masa depan? Cita-cita? eh eh... tu dah termasuk dalam Kehidupanku.. huhu... Kalau nak tahu, jom selami! Aku nak mula dari tahun 2003. Saat aku DEWASA. hehe.. Maklumlah pada tahun tersebut, macam2 yang berlaku sehingga aku boleh jadi macam sekarang ni. Kalau tak, maybe aku tak kenal IT, tak kenal Universiti, Tak kenal erti BERDIKARI. Malah, mungkin aku tak kenal diri aku juga!! Kemungkinan aku bukan yang sekarang ini. Barangkali macam orang kebanyakkan. Orang-orang "kekampungan". Dan aku tak bisa berjumpa anda juga! Seriusss..!! Syukur alhamdulillah. Sekarang aku jadi apa yang aku nak jadi sekarang. ~~ :-)

2003 ~ Sekarang...
Aku tamat tingkatan 6. Sekolah Menengah Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Pertengahan tahun dapat panggilan masuk USM. Walhal sebelum ni, aku tak termimpi-mimpi pun nak jadi budak U. Result aku ala kadar je masa tu, 4 prinsipal. Sekarang dah guna pointer2 kan? Zaman kami lain. Yang lahir tahun 1983 memang banyak bertuah. SPM, kumpulan kami perintis pertama yang menggunakan Sijil Terbuka. Rindu plak zaman2 persekolahan. Aku bukanlah tergolong dalam pelajar yang pandai. Cukup makan orang kata. Malah, family aku pun tak berharap sangat aku belajar tinggi-tinggi. But, kalau dah tercoret begitu, sesiapa pun xleh halang pemberiNya, kan? Alhamdulillah...

Dengan result yang tak seberapa tu, aku masuk USM. Dalam pertengahan tahun, Sesi Sidang Akademik 2003/2004. Di situlah bermulanya segala-galanya. Kena-kena pulak abah aku kena bertukar tempat kerja ke GUA MUSANG. Asal aku membesar ialah di Kemahang, Tanah Merah. Dalam Gugusan FELDA. Aku bukanlah dari generasi peneroka. Bapa aku hanya pekerja biasa di Kilang Sawit milik FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD. Dalam tanah rancangan FELDA kan ada kilang2 sawit. So, jangan salah faham ngan status aku anak peneroka. Mereka amat bertuah. Tengoklah sekarang, beruntung! But, aku tetap bersyukur. So, bila family semua dah berpindah sana, mean aku takde tempat dah kat Kemahang tu. Kawan2 semua kat situ. Kat Gua Musang tu, sape aku kenal? xde.. xde.. Aku membesar di Kemahang tu je.. dari 1983 ~ parent berpindah.

Aku lalui zaman U macam budak2 lain gak. Xde spesel.. Kalau cuti-cuti, aku jarang balik rumah family yang duk GM nun. Aku duk kat kampung ayah aku. Duk ngan Tok & Nek. Sehinggalah sekarang! Aku bukan cucu manja,k! Bermula 2003 sampai sekarang, aku makin rapat ngan tok nek ni je. hehe.. Family kadang2 je pulang. Sape tak rindu keluarga kan? Cuti panjang je aku leh p GM. 3 jam perjalanan naik motor tau! Sekarang, ayah aku dah nak pencen. InsyaAllah, tahun depan dah pindah sini balik. Duk kat kampung ni. Ringan sikit beban diorang cz ada aku jaga. hehe..

Mengapa aku kata 2003 aku DEWASA? Sebab aku yang tentukan hidup. Berdikari. Mak Pak xleh nak jaga kita dah. Jauh. Apa kita buat pun mana diorg tahu, kan? Tu la, kadang2 remaja kita ni, bila besar tak ingat mak bapak ada lagi. Bebas je. Buat apa saja. Aku juga! haha.. tapi xdelah sampai aku terlupa kat diorang. Ish ish ish.. So, 2003 semua apa kita nak jadi, apa kita nak bentuk HANYA KITA yang tentukan! Kalau yang mudah jenis terpengaruh, rasanya dah lama jadi lain dah. Agak-agak ler... ~~~ :-P

..............................akan ku sambung...................................... =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...