Wednesday, May 16, 2012

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia Pengambilan 16 Jun 2012.

Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua. Salam 1 Malaysia.

PENGUMUNAN
Kelas Bahasa Isyarat Malaysia pengambilan baru akan bermula pada:-

Tarikh
16 Jun 2012 (Sabtu)
(Sila klik di SINI untuk jadual kursus)

Masa
9.00 pagi -11.00 pagi.

Tempat
Persekutuan Orang Pekak Malaysia
3A-12, Menara KLH, Bandar Puchong Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


Peta


Siapa yang berminat, bolehlah menghubungi saya untuk maklumat lanjut di:-
012-4342450

Emel :
 akademibim@yahoo.com

@

MFD (Malaysian Federation of the Deaf) : 03-8070 9308.

Temui kami di FACEBOOK :-


klik LIKE if anda menyukainya dan share :)

Friday, May 4, 2012

Puisi Buat Tata..

Melihat tawamu mekar menawan,
Menghilangkan resah dan gelisah gelora jiwa,
Tatkala hatiku gundah meronta,
Dikaulah penawar segala kekalutan,
Kekalutan hatiku yang tersimpang-siur,
Berselirat dengan 1001 cas elektron...

Di saat dirimu menjuihkan bibir,
Akulah yang gelabah menyusun kata,
Hingga ada kata-kata aku tertunggang terbalik,
Mencari bait-bait sesuai untuk di ucap waktu itu..
Sehingga keluarlah ayat berbunga-bunga,
Meskipun aku bukan mamat jiwanggg....

Meskipun berkali-kali diriku asyik lupa jalan,
Dirimu tak jemu berpotpet-potpet,
Menjadikan irama di waktu senggang,
Melodi indah berirama leteran sepanjang jalan,
Menguatkan lagi ingatanku pada teguranmu,
Meskipun ku tahu, esok berulang hilang ingatan..

Bersama dengan dirimu membuatkan diriku TOUGH,
Mengharungi kehidupan berdrama swasta,
Dengan pelbagai watak sampingan menghalang impian,
Menjadikan aku tabah mengharungi 3L (liku luka lara),
Meskipun kadang-kadang diriku rebah,
Namun dirimu sentiasa menyuntik power..
Itulah kamu, Nurul Hidayah binti Abdullah.




:) Sentiasa SMILE yer, Tata!

Tuesday, May 1, 2012

Rakan sekerja aku yang BEST sepanjang ZAMAN!

Alhamdulillah, bersua kembali. Selamat hari PEKERJA buat semua sahabat di Malaysia. Yang kerja hari ni, baguslah. GAJI triple tawww.. 
So, jangan la sedih2 tak cuti. hehe..

Sebelum ni, post aku ulas tentang sahabat masa belajar. Sahabat aku time kerja plak, aku akan citer kemudian! Ni tajuk aku hold dulu. Time aku menaip ni, tiba2 si dia dah mesej kata dah sampai. Kami nak kuar ini hari. Jom ke PWTC lihat pameran buku..See u!



DI EDIT today : 3 Mei 2012.


Aku sambung...

First kerjaya aku bermula dengan Persatuan Orang Pekak Kelantan. Rakan Sekerja aku time tu tak ramai. NGO tersebut hanya mempunyai staff 4 orang jer termasuk aku. Rakan sekerja aku yang best time tu ialah : Kak Seken, Kak Lily dan Kak Mila (fuh, aku sorang jer laki..) Kerja dengan pompuan mmg tak mudah. Ha ha ha..

Kerjaya kedua aku ngan TESCO. Seperti ngan NGO di atas, aku kerja dlm lingkungan orang pompuan (again!). Nama-nama pekerja terbaik time tu bersama aku ialah : Aisya, Ana, Finie, Kak Za, Tirah. Then Zul masuk lewat sikit. Department kami CASHROOM. Namun, rapat gak ngan department Customer Service & Cashiering. Kami satu pengurusan under team FRONT END. Khairul (CS), Abe Liey (cashiering), Rozaki, Shamsul, Kak Aini, Kak Linda. Hmm, memang nostalgia. Now, semua dah bawa masing-masing. Antara nama yang tersebut di atas, hanya Ana, Finie, Abe Liey, Khairul, dan Shamsul jer masih kerja ngan TESCO.

Terkini, aku kerja dengan orang-orang yang Berbahasa Isyarat di Persekutuan Orang Pekak Malaysia! Aiyooo.. Cabaran sikit ler.. Semua transaksi komunikasi pakai sign. hehe.. Team terbaik aku kat NGO ni ialah Unit BIM dengan Zaine Bujal dan Fakhrul Azman. Bukan senang nak kontrol Unit ni. Banyak cabaran. Di sebabkan aku Penyelaras Kursus, aku bertanggungjawab terhadap unit ini. Kami kerjanya tidak mudah. Sesiapa yang berminat untuk belajar Kursus Bahasa Isyarat Malaysia, unit kami la yang paling sibuk uruskan prosedur. Now, KWSP, JKM, Jabatan Belia dan Sukan antara yang memerlukan khidmat kami mengajar staff diorang menguasai BIM. Best ooo.. kenal kawan baru dan merata tempat leh p. Jun ni, team kami ke Labuan!

Itu la kisah sahabat aku time kerja. Tak ramai sangat utk kerjaya skrg ni...

Sekian, TQ. Lain kali aku cerita pasal menda lain plak. Tunggu je la (Kalau rajin..)..

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...