Thursday, October 8, 2015

CARA UP IKLAN DI GROUP FACEBOOK DENGAN PANTAS!

Alhamdulillah. Bersua kembali. Entri kali ini berkenaan taktik beriklan di Facebook. Aku nak KONGSI ILMU hari ini. Ilmu beriklan di FACEBOOK. 

1) Cara UP Iklan anda KE ATAS wall group yang tertimbus bertahun-tahun

2) Cari Soalan atau Jawapan bagi persoalan anda. 

Mudah, cepat dan berkesan. Gerenti 100%.



Apa yang anda perlu hanyalah menaip perkataan yang anda nak cari jawapannya. Kedua-dua cara nak cari kes di atas adalah SAMA.

1) Untuk UP iklan, anda kena taip NAMA anda di kotak yang aku bulatkan itu, then klik kanta untuk SEARCH. Hasilnya, nama anda akan memenuhi wall search. Apa yang anda perlu lakukan untuk UP iklan anda hanyalah KOMEN posting anda yang anda buat sebelum ini. ITU SAHAJA! 

Kelebihan : JIMAT MASA ANDA MENAIP IKLAN YANG SAMA! 

2) Untuk mencari tajuk berkaitan seperti contoh yang aku buat "TEBUS POINT", anda taip sahaja dan semua tajuk berkaitan akan timbul dan di highlight. Sesimple itu! Tebus Point tu boleh cari di dalam group berkaitan ToneExcel. Kalau masuk group iklan, mana mungkin jumpa. 

Begitu juga, sekiranya anda mahu mencari sesuatu perkara di DALAM GROUP IKLAN, anda cuma menaip perkataan yang anda nak cari. Contoh : "UBAT KUAT". Pasti akan jumpa beribu-ribu posting daripada pengiklan berkaitan!

Sekian, itu sahaja ilmunya. Jangan lupa LIKE, KOMEN, SHARE, TAG rakan anda supaya lebih ramai lagi mengetahui taktik ini. ILMU ini tidak seberapa. Dan yang penting, ianya PERCUMA. Anda kan suka benda FREE? :D

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Ikhlas,

Aremi Rusli
Admin
#teamakukaya
0164022129

Klik LIKE jika anda menyukainya & SHARE

Transfer RM dari MAYBANK ke akaun bank lain TANPA CAJ!

Assalamualaikum. Bersua kembali. Apa khabar? Semoga sihat walafiat semua.

Lama aku tak menconteng blog ni. Susah nak kata bila mood ada. Ni ada mood buatlah. Alhamdulillah. Masih ada traffic kat blog ni. Ramai juga yang singgah. Terima kasih kepada semua pelawat yang masih mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.

Hari ini, aku nak share info yang menarik untuk pengguna Maybank2u, kepada mereka yang selalu melakukan transaksi pindahan wang terutamanya kepada akaun bank yang berbeza. Bank yang tak sama. CTH : Maybank ke CIMB. Maybank ke RHB. Maybank ke Hong Leong. 

Sehingga 31 December 2015, ZERO caj dikenakan! Ya, 0. Biasa dikenakan caj RM 0.53. Kali ini tiada. Kosong. Kosong. Kosong!


Inilah buktinya tiada caj. 53 sen takde kan kat belakang?


Dan juga....

Kepada mereka yang menggunakan aplikasi ni seperti di bawah yang anda install di HP pintar anda. Jika anda menggunakan aplikasi ini untuk pemindahan wang kepada akaun berbeza secara IBFT (InstantBankFundTransfer), anda juga tidak dikenakan caj apa-apa. Menarik bukan? 



Sekian info kali ini. Kita bersua kembali di lain entry.

Klik LIKE jika anda menyukainya & SHARE

Monday, January 5, 2015

TUTORIAL : Cara menebus point Tunetalk/ToneExcel untuk tiket wayang PERCUMA!

KINI KEMBALI!

REWARD TEBUS POINT UNTUK TIKET WAYANG KINI KEMBALI LAGI. KALAU DULU 250 UNTUK SATU TIKET, KINI BERUBAH MENJADI 500 UNTUK SATU TIKET. TAK KISAHLAH, JANJI FREE. TELCO LAIN ADA NAK BAGI? TAKDE, KAN? HANYA DI TUNETALK, TONEEXCEL, TONEPLUS!

LAST UPDATE : 24 NOVEMBER 2015

-ADMIN-


Assalamualaikum...

Bersua kembali. Lama saya tak menconteng kat sini. Hari ini di blog kesayangan ini, aku akan kongsikan langkah-langkah untuk menebus point Tunetalk / ToneExcel untuk dapatkan tiket WAYANG PERCUMA. Pengkongsian ini sebenarnya aku telah buat di FB > Aremi Rusli (sila klik nama untuk melihatnya). Kali ini, aku turunkan kat sini tutorialnya supaya senang rakan ToneExcel mencari dan membuat rujukan. Kat sini, insyaAllah, lebih kompleks dan senang faham. 

Sebelum kita mulakan, aku nak ingatkan beberapa perkara ASAS yang penting pasal REDEEM point ini. 

1) Redeem ini hanya sah di pawagam MBO sahaja. TGV, GSC dan lain-lain tidak terima. Ini kerana Tunetalk buat kerjasama dengan MBO sahaja untuk redeem tiket wayang. Sila layari website ini untuk senarai pawagam MBO di seluruh negara : www.mbocinemas.com

2) Satu tiket memerlukan 250 point 500 point. Anda boleh menebus banyak tiket dalam satu masa, tetapi perlu buat satu-satu. CONTOH : Anda nak tebus 6 tiket, jadi anda kena buat transaksi yang sama sebanyak 6 kali. Satu tiket sudah bersamaan RM 15 (Biasa), RM 18 (3D). Kirakan penjimatan anda! :D

3) Setiap REDEEM yang berjaya, mereka hantar KOD BAUCER ke nombor ToneExcel anda. Kalau tebus 6 tiket, 6 KOD BAUCER akan di hantar ke no handphone anda. Anda hanya PERLU tunjukkan KOD ini semasa di kaunter. JANGAN BERATUR! Terus ke line VIP (Online/All Star)! Best, kan?

4) KOD BAUCER tiket kali ini sah sehingga 31 Januari 2016. Selagi anda tak guna, KOD BAUCER tersebut masih boleh digunakan.

Baik, sekarang kita mulakan. 

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENEBUS TIKET INI? 

Bagi melayakkan anda mendapat keistimewaan ini, anda hendaklah menjadi pengguna ToneExcel terlebih dahulu. Dan, untuk point, anda perlu top up sekian-sekian baru dapat jumlah point. Setiap jumlah top up, ada pointnya. Untuk lebih jelas, rujuk jadual top up di bawah ini.



Lagi BEST sekarang, siapa yang top up RM 30, dapat free data 1GB tanpa tolak kredit, dan bila top up RM 50, dapat EXTRA RM 20. Inilah peluang terbaik anda untuk menjadi salah seorang ahli ToneExcel.

Sekarang, aku akan tunjukkan langkah-langkah untuk menebus point.

LANGKAH 1

PERTAMA KALI, anda perlu DAFTAR sebagai pengguna SHOP.TUNETALK. Perlu TAHU, kita ada dua akaun kelak iaitu SELFCARE dan juga SHOP.Tunetalk. Kedua-dua akaun ini berbeza. Jadi, akaun KHAS untuk wayang ni, anda perlu mendaftar di http://shop.tunetalk.com/register.php 

Masukkan maklumat yang mereka perlukan. ID BigShot tak payah masuk pun tak mengapa. Isi yang wajib sahaja yang ada tanda *. Setelah mendaftar, sila LOGIN guna emel dan password yang anda telah create tersebut. 

NASIHAT : Password, lebih elok anda buat SAMA dengan akaun SELFCARE. Senang ingat dan tidak keliru di kemudian hari.

LANGKAH 2


Setelah anda login, sila klik menu REDEMPTION, dan di SHOW ME : anda cari JomENJOY. Klik tu dan menu macam gambar di atas akan terkeluar.Kemudian anda tekan Redeem Now.

LANGKAH 3

Bila anda tekan je Redeem Now di langkah kedua, gambar macam di bawah ini akan keluar. Anda perlu LOGIN semula dengan masukkan NO. IC dan password yang sama. Setelah selesai, anda tekan SUBMIT.






LANGKAH 4

Gambarajah seperti ini akan keluar selepas anda klik SUBMIT.



Anda perlu pilih yang mana point anda yang terkumpul untuk redeeem (Jika ada lebih daripada 1 nombor). Setelah itu, klik Proceed.

LANGKAH 5



INI adalah langkah yang TERAKHIR. 

Selepas anda klik Procced, dia akan bawa ke langkah seterusnya seperti gambar di atas. Detail anda akan terpapar. Nama, Alamat, point, Item Details dll. Anda hanya klik Redeem Now dan KOD BAUCER serta merta masuk ke dalam mesej handphone anda! WOW! *Anda juga akan dapat RESIT selepas anda tekan Redeem Now di website itu serta merta yang memaparkan detail penebusan point anda.

Inilah contoh KOD BAUCER wayang yang kita akan dapat. Hanya tunjukkan ini bila anda berada di kaunter tiket MBO. 



INGAT! Tak payah beratur, terus ke line VIP (Online - All Star)

SELESAI!

Itu sahaja! Sebagai BONUS, aku paparkan senarai rakan-rakan FB yang telah berjaya tebus point untuk dapatkan tiket wayang PERCUMA! - Supaya anda lebih YAKIN. Ini real REWARD. Bukan AUTA! :D Tahniah buat semua yang berjaya REDEEM tiket wayang! Jika anda ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu PM / WhatsApp aku di 016-4022129. Atau, Add FB : Aremi Rusli (Sila KLIK nama). :D

Sedia membantu. Sampai bersua lagi, Assalamualaikum!


*Contoh-contoh yang berjaya tebus.




Aku punya. hehe..




















Jumpa lagi!




Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...