Thursday, October 8, 2015

CARA UP IKLAN DI GROUP FACEBOOK DENGAN PANTAS!

Alhamdulillah. Bersua kembali. Entri kali ini berkenaan taktik beriklan di Facebook. Aku nak KONGSI ILMU hari ini. Ilmu beriklan di FACEBOOK. 

1) Cara UP Iklan anda KE ATAS wall group yang tertimbus bertahun-tahun

2) Cari Soalan atau Jawapan bagi persoalan anda. 

Mudah, cepat dan berkesan. Gerenti 100%.



Apa yang anda perlu hanyalah menaip perkataan yang anda nak cari jawapannya. Kedua-dua cara nak cari kes di atas adalah SAMA.

1) Untuk UP iklan, anda kena taip NAMA anda di kotak yang aku bulatkan itu, then klik kanta untuk SEARCH. Hasilnya, nama anda akan memenuhi wall search. Apa yang anda perlu lakukan untuk UP iklan anda hanyalah KOMEN posting anda yang anda buat sebelum ini. ITU SAHAJA! 

Kelebihan : JIMAT MASA ANDA MENAIP IKLAN YANG SAMA! 

2) Untuk mencari tajuk berkaitan seperti contoh yang aku buat "TEBUS POINT", anda taip sahaja dan semua tajuk berkaitan akan timbul dan di highlight. Sesimple itu! Tebus Point tu boleh cari di dalam group berkaitan ToneExcel. Kalau masuk group iklan, mana mungkin jumpa. 

Begitu juga, sekiranya anda mahu mencari sesuatu perkara di DALAM GROUP IKLAN, anda cuma menaip perkataan yang anda nak cari. Contoh : "UBAT KUAT". Pasti akan jumpa beribu-ribu posting daripada pengiklan berkaitan!

Sekian, itu sahaja ilmunya. Jangan lupa LIKE, KOMEN, SHARE, TAG rakan anda supaya lebih ramai lagi mengetahui taktik ini. ILMU ini tidak seberapa. Dan yang penting, ianya PERCUMA. Anda kan suka benda FREE? :D

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Ikhlas,

Aremi Rusli
Admin
#teamakukaya
0164022129

Klik LIKE jika anda menyukainya & SHARE

Transfer RM dari MAYBANK ke akaun bank lain TANPA CAJ!

Assalamualaikum. Bersua kembali. Apa khabar? Semoga sihat walafiat semua.

Lama aku tak menconteng blog ni. Susah nak kata bila mood ada. Ni ada mood buatlah. Alhamdulillah. Masih ada traffic kat blog ni. Ramai juga yang singgah. Terima kasih kepada semua pelawat yang masih mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.

Hari ini, aku nak share info yang menarik untuk pengguna Maybank2u, kepada mereka yang selalu melakukan transaksi pindahan wang terutamanya kepada akaun bank yang berbeza. Bank yang tak sama. CTH : Maybank ke CIMB. Maybank ke RHB. Maybank ke Hong Leong. 

Sehingga 31 December 2015, ZERO caj dikenakan! Ya, 0. Biasa dikenakan caj RM 0.53. Kali ini tiada. Kosong. Kosong. Kosong!


Inilah buktinya tiada caj. 53 sen takde kan kat belakang?


Dan juga....

Kepada mereka yang menggunakan aplikasi ni seperti di bawah yang anda install di HP pintar anda. Jika anda menggunakan aplikasi ini untuk pemindahan wang kepada akaun berbeza secara IBFT (InstantBankFundTransfer), anda juga tidak dikenakan caj apa-apa. Menarik bukan? 



Sekian info kali ini. Kita bersua kembali di lain entry.

Klik LIKE jika anda menyukainya & SHARE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...