Thursday, October 8, 2015

Transfer RM dari MAYBANK ke akaun bank lain TANPA CAJ!

Assalamualaikum. Bersua kembali. Apa khabar? Semoga sihat walafiat semua.

Lama aku tak menconteng blog ni. Susah nak kata bila mood ada. Ni ada mood buatlah. Alhamdulillah. Masih ada traffic kat blog ni. Ramai juga yang singgah. Terima kasih kepada semua pelawat yang masih mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.

Hari ini, aku nak share info yang menarik untuk pengguna Maybank2u, kepada mereka yang selalu melakukan transaksi pindahan wang terutamanya kepada akaun bank yang berbeza. Bank yang tak sama. CTH : Maybank ke CIMB. Maybank ke RHB. Maybank ke Hong Leong. 

Sehingga 31 December 2015, ZERO caj dikenakan! Ya, 0. Biasa dikenakan caj RM 0.53. Kali ini tiada. Kosong. Kosong. Kosong!


Inilah buktinya tiada caj. 53 sen takde kan kat belakang?


Dan juga....

Kepada mereka yang menggunakan aplikasi ni seperti di bawah yang anda install di HP pintar anda. Jika anda menggunakan aplikasi ini untuk pemindahan wang kepada akaun berbeza secara IBFT (InstantBankFundTransfer), anda juga tidak dikenakan caj apa-apa. Menarik bukan? 



Sekian info kali ini. Kita bersua kembali di lain entry.

Klik LIKE jika anda menyukainya & SHARE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...