Malaysian Sign Language Class

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. Morning, Afternoon, Evening & Night!
(Ikut kesesuaian waktu semasa anda membacanya) :D

Bersua kembali. Semoga sihat sentiasa semua. Memandangkan Kelas BIM (Bahasa Isyarat Malaysia) yang saya buat secara persendirian mendapat sambutan yang menggalakkan, maka ruangan khas ini (yang berada di menu) di buat bagi memudahkan mereka yang berminat mendapatkan maklumat berkenaan Kelas BIM yang saya laksanakan.

Buat makluman, saya buat Kelas BIM secara peribadi, persendirian dan tidak melibatkan mana-mana NGO, Persatuan, Badan Khas dll yang sewaktu dengannya. Maka, dengan itu, saya tekankan di sini, bahawa TIADA SIJIL diberikan kepada mereka tamat belajar dengan saya kerana saya melakukannya atas intensif sendiri, sepertimana contoh ibubapa yang mengupah pelajar lepasan SPM/STPM/IPTA/IPTS dll mengajar anak mereka tuisyen, dari rumah ke rumah. Pendek kata secara tidak formal. Begitu halnya juga berkenaan Kelas BIM yang saya lakukan ini. Sekiranya anda mahukan sijil untuk setiap pembelajaran ilmu ini, ada pihak yang menyediakannya. Anda boleh google dan akan menjumpainya. Malah, di post-post saya berkenaan BIM sebelum ni pun saya ada menyebut pihak yang berkaitan.

Baik, saya tawarkan sebanyak 7 sesi. 1 sesi melibatkan 2 jam. Masa anda yang tentukan. Mengikut kesesuaian masa anda (dan saya juga). Mungkin boleh masa cuti hujung minggu, atau waktu malam (mulai antara 8.00 - 8.30 mlm). Tempat anda juga yang tentukan. Sudah tentu di tempat awam seperti perpustakaan, kantin, kafe, taman riadah dsb. Kalau duduk dengan family, no problem kalau saya ke sana untuk mengajar BIM. Lagi bagus, boleh kenal-kenal dengan orang tua. Hehehehe.. (Baca post tajuk cerita yang disertakan di bawah untuk mendapatkan gambaran suasana pembelajaran).

Anda akan di dedahkan dengan asas-asas bahasa isyarat, yang selalu orang Pekak gunakan dalam pergaulan seharian, bahasa yang mudah dan senang difahami. Saya akan bekalkan anda dengan bahan pembelajaran yang berkaitan. Dan EXTRA : Kelas advance selepas habis 7 sesi. Kelas Advance ini adalah PERCUMA dan anda boleh mengaturkan masa untuk berjumpa dengan saya bila-bila masa (mengikut kelapangan masa saya juga).

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kelas BIM ini, berkenaan yuran dll anda boleh mesej / WhatsApp saya di 010-8008172 biasa bila-bila masa. Anda juga boleh mesej di inbox Fanpage BIM milik saya (Sila KLIK di bawah untuk ke page) :-


Atau FB peribadi saya yang anda boleh temui di tepi blogspot ini. Nampak tak tepi kiri entry ini? Ha, jangan lupa add saya kalau tidak keberatan.

Ya, ada dua post berkenaan BIM yang saya buat sebelum ini berkenaan Kelas BIM individu ini. Anda boleh membacanya di bawah ini. Tekan tajuk yang berkenaan. Harap maklum yang saya buat post itu pada tahun 2012 lagi.



Hanya dua tajuk tu yang paling ramai yang membacanya. Anda boleh cari semua post yang berkaitan BIM di blogspot ini kalau rajin. Bacalah kesemuanya sebelum menghubungi dan bertanya saya berkenaan kelas BIM agar terlebih dahulu anda dapat mengetahui dan memahami tentang kelas BIM saya buat, tentang perkara yang saya tegaskan dalam post tersebut terutamanya berkenaan SIJIL kerana rata-rata bakal pelajar mahukan sijil untuk bukti pembelajaran BIM. Saya tiada masalah. Anda boleh berjumpa dan mengaturkan kelas BIM dengan pihak yang sediaada menyediakannya. Amat digalakkan bertanya mereka terlebih dahulu sebelum mencari saya. Saya cuma alternatif terakhir yang boleh anda cari.

Sebelum mengakhiri ruangan KHAS ini, saya letakkan keratan-keratan mesej yang di hantar ke inbox BIM berkenaan individu yang berminat untuk mengikuti kelas BIM yang saya lakukan. Ada hampir 50 mesej kesemuanya. Cukup saya paparkan sebahagian daripadanya. Semoga bersua lagi di lain ruangan. Sekian, wassalam.







Ilmu untuk disebarkan...

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE

4 comments:

  1. tringin juga nk blajar....tpi xbrkesempatan lgi. In shaa Allah t sy nk blajar bhasa isyarat ni :)

    ReplyDelete
  2. Kesempatan itu pasti ada. In Sha Allah! :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum , nk bertanya masihkah aktif dalam mngadakan kelas bahasa isyarat ni ??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...