Monday, April 16, 2012

Sahabat, teman, kawan, rakan...

Assalamualaikum. Bersua kembali.. Aku jarang nak berceloteh. Hari ni aku nak mengarut sikit. Pasal tajuk. Nampak? Sahabat, teman, kawan, rakan - Hakikatnya, setiap perkataan itu walaupun nampak seakan-akan mempunyai maksud yang sama, namun, bagi aku ianya jauh berbeza..

Dari zaman sekolah, semenjak masuk PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) hinggalah habis tingkatan 6, sehingga ke IPTA, pelbagai jenis karakter sahabat menwarnai kehidupan aku. Hari ini, aku nak dedikasi blog ini untuk sahabat-sahabat aku. Nama-nama sahabat dari zaman persekolahan masih segar dalam ingatan aku. Serba sedikit aku nak mengarut.. hehe..

Ku Azman (Kuman), Ku Razali (Kuli)
Dua sahabat aku ni adik beradik. Duduk berhampiran dengan rumah berek kami. Dulu abah kerja kilang sawit Felda Kemahang. Berkawan dengan mereka membawa aku ke alam kanak-kanak yang nakal. Pergi tangguk ikan, mandi sungai, polis sentri dengan pistol getah dengan buah terung, basikal diubah jadi kereta. bla bla bla. Memang zaman kreatif. Kuman masih hidup, Kuli dah lama meninggal dunia. Aku diberitahu dia meninggal akibat eksiden motor.
Persahabatan kami sehingga aku tingkatan 3 jer. Diorang ni senior, then p merantau. Satu yang aku kagum dengan mereka, masing2 berkhidmat dengan tentera Laut, dan Kuli tentera Darat. Sekarang dah lost contact dengan Kuman.

Mohd Azhar (Jaha)
Sahabat kemahang aku juga. Jahat gak budak ni. Paling terkesan bila dia ni main lastik, aku sekali dibidasnya. Pedis ooo.. Main batu plak tu. Time gaduh dulu ler. Dia ni anak sulung, adik beradik memang ramai. Rumah sebelah2 jer. Ntah kat mana dia sekarang... hmmm..

Zaini, Azlan, Naza, Kamal, Judin, Rozaidi, Che, Mael, Dilah, Khairi, Zul, Rozitulazwa, Asnida, Qhazanah..
Ni geng aku zaman skul menengah. Antara nama yang aku leh ingat sebab rapat. Aku dulu geng dengan Azlan, Naza, Zaini. Lepas zaini berpindah, aku rapat ngan Azlan. Leh kata setiap petang habis skul naik kapcai g ushar awek hingga ke Kemahang 3. Felda kemahang ni ada 3. Kemahang 1, 2, dan 3. Naza walaupun dia duk mehe 3, hubungan tetap utuh, tp kadang2 la ajak dia ni merempit. Jauh sangat rumah dia. Kamal watak yang tak menonjol, namun tetap hero kampung. Pernah eksiden teruk. Sebab tu aku cakap Hero. Hebat ooo parutnya! Judin, kaki rayau. Rozaidi dr skul rendah ok, hingga menengah makin kurang rapat. Dia jaguh olahraga. Rumah aku dulu HIJAU, dia pun HIJAU. Hentam saja... Che dan Mael, zaman skul hingga ke tingkatan 6, namun sekarang masih berhubung. Dilah dan Khairi ntah apa citer, lost kontek semua, begitu juga zul dan Rozitul. Asnida dan Qhazanah member aku tingkatan 6. Ni la kot bestfriend pompuan aku yang ada. Still berhubung dengan Asnida, Qhazanah dah jarang2.. Semua dah kawen ler.. hukhukhuk..

Zaman U, kawan aku ramai, tapi bukan rapat sangat. Tapi yang memberikan banyak impak maksima kpd aku ialah Wak, Abd Fadil, Pak cik Mat OKU, Pakcik Mat, Ja, Ros (kure2), Mizu, Mat sabah, Wan sabah. Yang paling spesel sudah tentu Nurul Hidayah anak Pak Dollah. hehe.. Aku tak rapat sangat dengan Nurul ni dulu, namun selepas kerap kali jumpa, keluar hinggalah satu hari aku melamar dia jadi kekasih. Alhamdulillah. Sehingga kini, hubungan kami tetap utuh. Doakan kami k. InsyaAllah, tahun ni, kalau tiada aral melintang, sahabat inilah yang akan menjadi teman aku. Amin..



Klik LIKE if anda menyukainya dan share :)

Layan kenangan lama la sat..


Layanzzzz!



Thursday, April 12, 2012

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia 2012


Assalamualaikum..

Berita baik kepada sesiapa yang berminat mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia, iaitu Bahasa Ibunda Orang Pekak di Malaysia, di maklumkan bahawa pengambilan baru Kelas Bahasa Isyarat akan bermula 12 Mei 2012. Sila rujuk jadual untuk makluman anda. Rebutlah peluang ini..

Sesiapa yang berminat boleh hubungi hamba :-

012-4342450 @ emel -seperti di jadual-

**Tolong hamba mempromosikannya dengan share link blog ni kat FB anda.
***Singgahlah di Group kami kat FB : Bahasa Isyarat Malaysia - BIM

Saturday, March 31, 2012

Masa yang pantas berlari..

Assalamualaikum..

Sebelum coret lebih panjang, aku nak umumkan DUA perkara di sini!

1) Aku sekarang ada kerja partime sebagai penjaga FB untuk syarikat TM Ads Solution Sdn. Bhd.
2) Aku bakal dapat "awek" no.2..

Orang yang kerjanya sebagai penjaga FB bertuah sebenarnya. Untung sape-sape yang kerja jaga FB PM kita, dll. Gaji 5k sebulan woooo... Aku baru berjinak dengan kerjaya ni selepas ditawarkan oleh syarikat TM Ads Solution Sdn. Bhd. FB dalam seliaan aku ialah :- Eilmu.my

Awek aku no.2 aku cerita lain kali........

Jemput2 ke website/page FB yang aku jaga tu yer..

Saturday, February 18, 2012

Dunia ni penuh hasad dengki...

Lama aku tak berBelog.. malas la.. haha.. tahun ni banyak kerja.. nak buka pun tak sempat apatah lagi nak menaip.. ni kira ok la sikit sbb rindukan seseorang sampai xleh tidoo... ish2...

Tahun ni saja, jadual padat dengan kursus Bahasa Isyarat Malaysia. Bengkel Training of Trainer jugak.. Setiap bulan ada.. sehingga bulan Jun baru pree sikit. Tak tau la kalau ada apa-apa.. Yup, bulan JUN lagi bz sebab aku ada agenda aku. jeng jeng jeng.. Nak p negori jelapang padi.. kihkihkih..

Hmm.. kerja melambak ni. Syukur la ada kerja dari xdak kerja. Nanti makan gaji buta plak. Tapi dalam dunia ni kan, yang tak bestnya, nanpak kita nak senang sikit xdak kerja, punyalah ada orang suka kacau daun. ish2.. nak rehat kejap jer.. xleh.. nak malas-malas kejap pun xleh.. Ni bukan kena ngan diri aku. Ni kena ngan diri orang lain. Aku tau dia banyak kerja, yang dia ni plak apalah sangat kerja. ***Plisss bersangka baik mie!

Sebab tau dia banyak kerja aku tak ganggu dia. Dan memandai aku ngan dia ni uruskan.. Dia kerja apalah sangat.. Aku punya lagi banyak, xde sangat nak nyusahkan orang pom mintak buat tu, buat ni.. Diri sendiri boleh handle lagi setakat ni.. Hmmm.. kalau aku xdak lagi, tak taulah leh urus ke dak.. Sabo je laa... Nama pun kerja :)

Itu je luahan hati ni.. blog nak luah perasaan ok apa.. Lain kali aku post isu lain macam biasa.. (kalau ada masa laaaa)

ShoutBox aku dah xpired..

Aiyaa... ini punya macam kotak menjerit ingat pree seumur hidup maaa... dah xpired plak.. tak leh menjerit2 la pas ni.. huhuhuhuhu..

Sunday, December 25, 2011

BONUS & YES : Sure ramai nak tukar Handphone!

Petua : Handphone baru beli cepat rosak? Mungkin anda patut cuba alternatif ni. Mencegah lebih baik dari merawat. Test Handphone dulu ORI ke tak sebelum anda membayarnya!



Ulang tayang balik. Ramai yang hampir melupakan petua ni. Maklumlah hujung2 tahun ni, sempena YES, Bonus Masyukkk, pasti ramai yang nak tukar HP!..

Share kalau bermanfaat. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...