Assalamualaikum.. Hari ini idea kering. Topik santai jer hari ni aku nak tulis seperti nama entry di atas.. Kita mula..
Kawan Jatuh Longkang
Yang Patut Buat : Pakat-pakat bantu, angkat dia..
Yang Tak Patut Buat : Snap gambar dulu, baru bantu. Pahtu letak dalam Pesbuk. Phuiii..
Bila Balik Kerja Lambat
Yang Patut Buat : "Kerja elok-elok, saya balik dulu. Jangan lupa tutup semua suis yer nanti"
Yang Tak Patut Buat : "Hang kerja sampai lewat pun, bukan naik pangkat apa pun, gaji apatah lagi" Kuss, jatuh semangat..
Sampah
Yang Patut Buat : Buang dalam tong yang disediakan..
Yang Tak Patut Buat : Lempar terus ke bawah dari tingkat rumah. Segar dari Flat.. Cisss!
Laluan
Yang Patut Buat : Bagi laluan kepada kereta yang nak masuk ke lorong kita (Kalau pemandu yang kita tengok tu jenis hormat orang, kita pun mood baik masa tu..)
Yang Tak Patut Buat : Kasi tutup itu LINE. Kahkahkah.. Kejam weiiii.. Korang buat ka??
Traffic Light.
Yang Patut Buat : Lampu kuning, bersedia untuk berhenti.
Yang Tak Patut Buat : Lampu Kuning, bersedia untuk MEMECUT!
AES
Yang Patut Buat : Kenalpasti tempat mana letak AES, senang berjaga-jaga.
Yang Tak Patut Buat : Lepas kenalpasti, walaupun tahu ada AES, tetap mcm di atas : Lampu Kuning, bersedia untuk MEMECUT! Apa ke hal??
Bersambung...... hehehe..
yang patut buat : Berdoa bila tau kawan dapat rezeki baru...
ReplyDeleteyang tak patut buat : potong line kawan utk rezeki tu...
Macam-macamlah dunia ni....
http://www.motowarrior.blogspot.com
http://www.ridingmachine.blogspot.com
hehehe.. nak buat lagumano? Dah lumrah bro..
ReplyDelete