Its AKU !

Assalamualaikum wbt.

Dari Timur ke Selatan, aku merantau.
Negeri Selangor aku duduki sekarang.
Duk di Kelantan bukan tak sedap,
Kami darah perantau, mencari rezeki di rantauan..

Dulu-dulu...
SMK Kemahang, Tanah Merah tempat aku berguru,
Sambung Ting.6 hingga ke Ayer Lanas, Jeli.
Habis berguru aku bertapa,
Di USM Penang aku makan bertih-bertih jagung.
2007 punya sejarah. Aku konvokesyen tanpa keluarga!

Masuk TESCO bukan untuk membeli, jauh sekali mencari jodoh.
Ini 2007 punya cerita, masuk TESCO kira pitih.
Hari hari mengira sampai muak, sejuta dua juta dah tak heran.
Kalaulah itu aku punya duit,
Tidur malam bersama senapang maaa...

6 tahun lepas...
Dari 2010 aku merantau. Negeri Selangor aku menetap.
Kerja dengan NGO banyak pengalaman.
Malaysian Federation of the Deaf punya nama.
Tapi sayang jodoh tak lama.
Duduk sampai nak masuk 2013.

Tahun 2013, FEBRUARI punya cerita,
Mulalah aku bercinta dengan TM ADS Solution Sdn. Bhd.
Baru beberapa bulan kat sini, banyak aku belajar.
Boss baik hidung mancung, pipi sorong-sorong.
Tugas aku lebih kepada marketing.
Sambil-sambil marketingkan aku punya market. Hihi..

Masuk DISEMBER tahun sama punya story,
Aku beralih dalam bidang Automotif.
"kerja kat bengkel kereta pula ke, Aremi?"
Oh. Tidak! Aku seorang SALESMAN jual kereta.
PERODUA jenama pilihan hati,
Senang jual, hati pun manyak senang. 
Tapi sayang sekejap sahaja,
Sebab JUMPA PELUANG LAGI BEST! 

2014 punya tahun... 
"KERJAYA" baru tanpa kekangan masa.
Tanpa JEM, tanpa ARAHAN, tanpa BOSS.
Inilah jalan yang telah ku pilih.
Fulltime sebagai rakaniaga ToneExcel.
Jual SIMCARD bukan sebarang SIMCARD.
SIMCARD Ajaib berpendapatan PASIF.
Income lebih daripada semua kerjaya di atas.
Sampai mati boleh diwarisi.
Syukur Alhamdulillah!

Cukup sudah pasal diri aku.
Takde yang spesel kecuali SATU.
Aku masih SINGLE!
*Errkk.. Nnt bini aku marah.
So, bye bye bye..

Selamat DATANG ke My Personel Blog!



Add Facebook : Aremi Rusli
WhatsApp : 0108008172

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...