Wednesday, November 27, 2013

Dah lama tak berceloteh!

Assalamualaikum..

Bersua kembali. Lamanya aku tak menconteng. AZAM lepas pakai p1max, ingat boleh selalu update blog. AKU SILAP! Kesibukkan melanda.

Apa cerita menarik kali ini? Tiada apa-apa. Cuma sibuk dengan persiapan awal hari bahagia hamba tahun depan. Nantikannya! 

Erkkk.. Map ni, tahu kat mana? Hehehe..



Jumpa lagi! Adiosss!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Wednesday, September 4, 2013

P1max : Harapnya berbaloi ;)

As salam. Bersua kembali. InsyaAllah, lepas ni lebih kerap aku update. Sebab sekarang ni semua dihujung jari. So, xde alasan dah aku taknak update blog aku. Hehe. 

Apa khabar semua? Moga luarbiasa hebat sekali. Hari ini aku nak bercerita pasal talian internet. Ini kali ke.... Ntah lupa. Aku ni pakai banyak talian prepaid untuk internet. Celcom, Digi, Maxis, Tunetalk pun dah pernah try. Itu semua Prepaid. Prepaid Internet. Tak pernah pakai bil. Yang bil dah lama tamatkan. Guna STREAMYX masa kat Kelantan dulu. Line kat negeri tercinta aku tu, manalah kuat sangat. Tu je jenama yang paling laju kalau nak guna kat sana. Itu dulu. Sekarang line telco-telco kita semuanya dah laju- laju. Dah masuk generasi 4g semua.

Ok, ini kali kedua pakai bil. Pilihan aku ialah P1Max. Walaupun ada komen-komen yang mcm boleh "menjahanamkan" niat aku, syukur akhamdulillah, tercapai juga pakai line internet. Aku actually tak kisah pakai line mana- mana pun, asal laju jer. Murah pun diambil kira. Kebetulan aku selalu dapat info melalui 8share, info pasal p1max muncul di saat-saat aku memerlukan. Of coz untuk bisnes. Itu point ni.1. Point no.2 ialah, nak ushar awek. Ehh ehh.. Memain jer.

Hari ini, hari yang ke-3 aku pakai menda ni. Satu je yang aku nak komen, LAJU!!!! Testing download memang power. Kat rumah line dia merah (agak slow kalau ikut buku panduan), but ok je aku test. Laju.. Lajuuu..! Hehe.. Howmuch? Aku booking dan payment online, dapat rebet penjimatan RM 150.00. Aku cuma perlu bayar seratus je utk permulaan pengaktifan akaun. Next bil akan menyusul hanya maintain RM 69 sebulan, dengan 8gb, unlimited! Modem free. Terbaik ler. Kalau korang nak amik, amik yang jenis wifi punya! Everywhere, leh online! 

Hmm..  Nak tahu detail, leh ke sini : P1Max :) Nak ambil, guna yang ni yer. Masih dalam harga promosi. Leh check kat dalam link di atas. ;)


Ok, tu je cerita untuk hr ni. Hehe.. Kita lihat gambar dalam opis mereka kat KL. Comel dan penuh warnawarni. Hehe...




Ok, sampai bersua lagi. Assalamualaikum! 

*nextpost pasal Tunetalk! Nantikan entry menariknya dlm masa terdekat. 

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Saturday, August 31, 2013

Stressss...

Owhhhh.. Stressss.. Anda memang menyusahkan. Namun tidak mengapa kerana aku akan melawan ko sampai aku berjaya. Ko tunggu ke nanti ya stressss! Ok, ini entri terbaru aku pada hari bersejarah ini. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-56!!!! Merdeka.. Merdeka.. Merdeka!!!!

Thursday, August 15, 2013

11 August 2013 : Sejarah tercipta ;)

Alhamdulillah. 1 step lagi ;) Senyum, tak perlu kata apa-apa. 


Status : Tunang Orang. Hehehee..

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE ;)

Saturday, August 3, 2013

Lokasi Speed Trap seluruh negara Aidilfitri 2013.

Berikut di bawah adalah maklumat berkenaan Speed Trap di seluruh negara. Berhati-hati semasa memandu balik kampung. Aku doakan agar kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing. 


PLUS Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 32- Km
2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro CherasFlyingg Airbone.


Share post ini dan maklumkan sahabat yang lain!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE ;)

Thursday, August 1, 2013

Baucer Watson PERCUMA untuk anda bernilai RM 5.00!

Assalamualaikum. Salam Ogos. Cepat masa berlalu!

Anda pelanggan tetap Watson? Nah, saya bagi Baucer PERCUMA RM 5.00 sah untuk semua cawangan Watson! Ini bukan gimik. Ini adalah benar :)

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, "Save As" gambar di bawah ini terlebih dahulu, dan print guna printer anda masing-masing. 

Mudah bukan? Selamat membeli belah!

*Sah sehingga 2 September 2013.
*Pembelian mestilah dalam RM 20 ke atas dalam satu resit. Jmat dah tu. Beli barang harga RM 20, bagi jer baucer, tolak RM 5.00. Hehehehe.. Selamat bershopping!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Wednesday, July 24, 2013

Saya mahu bagi "Duit Raya" kepada pengunjung blog saya!

Assalamualaikum & Salam Ramadhan Mubarak sahabat!


As a member of 8Share, I have the chance to send RM 5.00 Duit Raya to my friends and I chose to give it to you'll, "pengunjung setia" myblog!. I've been using 8Share to get some pocket money for sharing new things on Facebook & Twitter.
Join me now on 8Share to claim your RM 5.00 Duit Raya:


Your's Sincerely,
Aremi Rusli

Baca selanjutnya mengenai 8Share di sini >> KLIK <<

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Tuesday, July 23, 2013

Ketupat Daun Palas!

As salam. Kali ni entry pasal...

Ketupat daun palas? Pernah dengar? Kot-kot anda yang zaman moden ni, tak pernah dengar pun. Sudah lama aku tak sentuh buat ketupat ni. Biasanya, kalau aku kerja kat Kelantan, pasti aku ringan-ringankan tulang tolong nenek atau mak aku buat ketupat ni time dekat-dekat nak raya. Bentuk 3 segi, dengan belang-belang alur daun, memang cantik, memang berkilat terutamanya selepas kena minyak dan masak!

Tahun ini, apakah nenek aku buat ketupat ni? Apakah mama aku buat ketupat ni? Harapnya ada ler. Nanti boleh bawa ke Pendang, Kedah masuk dalam satu dulang untuk hantaran meminang. Muahahaha.. OK apa. Ketupat oo. Klasik! Kan kan kan kan?? Nanti usulkan kat mak. Mak yang urus hal design-design, bahan-bahan barang-barang ni semua. Hehehehehe..

Ok, cukup aku merapu pasal ketupat. Susah nak jumpa menda ni kat area KL. Bersama entry ni, aku post je la gambar ketupat. Kot-kot korang tak pernah tengok. Jangan kata tengok, sentuh dan makan pun tak pernah. Kasihan pada generasi zaman moden ni. Semua yang "klasik" semakin dilupai..
Salam Ramadhan 1434Hijrah!





Amacam, terliur? JOM Carik!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Monday, July 22, 2013

Dub Dab Dub Dab Dub Dab..

Biarlah banner ni menceritakan segala-galanya.. Kihkihkih.. 
Berdeborrr.. Tu baru nak fasa 1. Fasa 2... 
Moga dipermudahkan segala-galanya!

Sengaja aku wat condong. Hehehehe..


Yang pasti, raya kali ini tentu SIBUK!

Chowwwww!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Friday, July 12, 2013

Ramadhan ini..

 Ramadhan ini,
Mungkin yang terakhir bagi diriku.
Mungkin jua yang terakhir bagi dirimu.
Mungkin juga bukan,  Mungkin juga ya.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah,
Kerana kami masih diberi peluang.

Ramadhan ini,
Ku lihat manusia terpinga-pinga,
Antara realiti dan fantasi,
Apakah mereka benar-benar menghayati,
Apakah mereka berpura-pura?
Nilai Ramadhan, bukan pada tahan lapar dahaga,
Ianya pada niat, ia pada takwa, ia pada iman.

Ramadhan ini,
Ku lihat nenek tua, menganyam mengkuang.
Ku lihat atok, menjahit pukat.
Manik-manik jernih di mata tua itu,
Ku tahu.. Nek rindukan anak-anak.
Ku tahu, tok ingat anak-anak!
Ku tahu! Nikmat berpuasa dengan anak tersayang,
Aku pun nak lalui sepertimu, nek! tok!

Ramadhan ini,
Mataku terpaku kepada si penarik beca.
Mencari sesuap nasi, bekalan untuk berbuka.
Bekalan untuk bersahur, bekalan untuk keluarga.
Aku mencemburuimu wahai pakcik.
Tabah dan cekal dirimu mengharungi Ramadhan ini,
Bersama keluarga tercinta susah senang bersama!
Sedangkan aku keseorangan di rantauan ini.

Ramadhan ini,
Mengajar aku erti kehidupan,
Mengajar aku hikpokrit peniaga rakus,
Mengabaikan nilai etika islamiah!
Berniaga bukan lagi menjadi satu ibadah.
Hanya keuntungan semata-mata,
Hingga mengabaikan hak pengguna!
Oh Duniawi!

Ku harapkan, Ramadhan ini,
1434 Hijrah ini, 2013 Masihi ini,
Menjadi titik permulaan kehidupan baru diriku.
Mudahkanlah urusan daku ya Allah.
Berkatilah segala usaha yang aku lakukan ya Allah.
Panjangkan jodoh kami.
Satukan hati kami.

Aamiin!

Thursday, July 11, 2013

Sabun Kelapa Dara Dengan Serai Wangi [Keluaran Eksklusif : anggun2u.my]

Dapatkan Sabun Kelapa Dara Dengan SeraiWangi 
Keluaran Eksklusif Anggun2u.




Eksklusif : Kotak Design Khas dan hanya SATU-SATUNYA di Malaysia!





"Sabun Kelapa Dara dengan Serai Wangi". Sabun ini adalah sabun mandi herbal yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan dilengkapi dengan Minyak Kelapa Dara dan Minyak Serai Wangi yang kaya dengan Vitamin A, E yang mempunyai pelbagai khasiat. Di antaranya ialah :-

#1 - Melambatkan proses penuaan kulit.
#2 - Melindungi kerosakan kulit.
#3 - Menjaga kulit agar awet muda sehingga lembut dan halus.
#4 - Kaya dengan vitamin serta anti oksidan.
#5 - Menghilangkan kedut di wajah dan juga penyakit kulit.
#6 - Berfungsi sebagai antibodi kulit.
#7 - Juga berupaya menghalang serangga terutamanya nyamuk menghampiri anda!


























Bagi menjamin keelokkan produk dan tidak rosak semasa dalam proses penghantaran, kami menggunakan tupperware yang tahan lasak dan berkualiti!

Bagi yang order dalam kuantiti yang sedikit (Pakej Gangsa 2 Kotak Sabun), kami akan masukkan tempahan anda ke dalam plastik prabayar yang SELAMAT dan KALIS AIR! Bagi yang membeli lebih banyak sabun, kami menggunakan kotak Pos Laju. 

Lihat Album dan lebih banyak gambar Sabun Kelapa Dara Dengan Serai Wangi kami pautan laman web di bawah yang membawa anda ke FB kami

Dapatkannya sekarang dengan membuat pembelian di laman web

*ANDA JUGA AKAN MENDAPAT REPLIKA WEBSITE ANGGUN2U SECARA PERCUMA UNTUK ANDA PROMOSIKAN SABUN INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA. SESIAPA YANG MEMBELI MELALUI REPLIKA WEBSITE ANDA, ANDA AKAN MENERIMA KOMISYEN!

LAKUKAN PEMBELIAN SEKARANG DI >>> www.anggun2u.my

Maklumat lanjut, boleh PM kami di :-

Mesej/Call : +6017.2239433
YM kami : anggun2u

Rebutlah peluang keemasan ini menjana pendapatan di bulan Ramadhan dengan program Keusahawanan Anggun2. Sekian, wassalam.

Terima Kasih.

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Wednesday, June 26, 2013

Tutorial : 8Share, menjana income hanya melalui klik klik dengan modal RM 0.00! (ZERO). Believe it! :)

Assalamualaikum para blogger dan pengunjung semua. 

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat walafiat.

Tenangkan fikiran anda sekejap untuk fahamkan benda ni yer. Hehe. Baik, entry kali ini tentang Says.com. Dah lupa yer apa itu Says.com? Ianya satu sideincome yang sesiapa pun boleh join TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG MODAL! Yup, FREE dan anda hanya perlu share link untuk dapatkan income. Bagaimana ianya berfungsi yer? Saya galakkan anda membaca entry yang di post sebelum ni di link di bawah ini. 

[Klik] >> Apa itu Says.Com

Buat makluman, Says.com sekarang sudah ditukarkan kepada 8Share.com. Namun, konsepnya masih sama seperti Says.com. Cuma namanya berubah disebabkan banyak sangat SPAM yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sehingga kena BLOCK urlnya daripada di post dalam Facebook! Itu menandakan ramai yang aktif dan giler-giler untuk menjana pendapatan secara PERCUMA dengan hanya klik-klik! Dan, tahukah anda, ada pengguna yang mampu membelikan cincin pertunangan dengan hanya menggunakan 8Share ini? Tidak percaya? Mari kita saksikan video yang di beri judul "Cinta 20sen" di bawah ini. :)



 Baca seterusnya cerita menarik, romantik mereka di blog mereka di bawah.
>> KLIK <<

Anda pun mahu menjana income dengan 8Share? Tiada masalah! Cuma sign up dan mulakan langkah anda dengan share berita yang terdapat dalam 8share di facebook, blog atau mana-mana media sosial yang lain! Itu sahaja. Modal yang yang anda laburkan ialah RM 0.00! ZERO!

Bagaimana mahu bermula? Dah baca entry post yang saya sertakan berkenaan Says.com di atas kan? Bacalah. Baru anda faham. Kalau malas nak baca, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Says.com/8Share terlebih dahulu. Klik gambar di bawah untuk mendaftar.


Ya, tertanya-tanya apakah saya pernah membuat pengeluaran? YES! I dah dapat. RM 100 (tahun lepas) untuk pengeluaran pertama. Hehehe. Alhamdulillah. Baca tentang cara membuat pengeluaran saya yang terdahulu di :-


PERHATIAN : Entry saya yang terdahulu adalah yang lama. Masa itu dikenali sebagai Says.com. Sekarang ianya telah di beri nama 8Share.com. Mungkin format pengeluaran dah banyak berubah. Nanti saya cashout, saya post lagi yer :)

BONUS : Nah printscreen jumlah yang saya kumpulkan sekarang. Tak aktif sangat. Lagi RM 9.80, baru leh kuar masuk bank. Dia minimun RM 50.00 baru boleh cashout.



Sampai di sini sahaja tutorial berkenaan 8Share. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan mesej kat kotak chat, FB saya, atau komen je kat bawah ni. Sekian, wassalam.


Nah, last UPDATE (28 Ogos 2013) akaun 8Share saya :)


Nak daftar? Sila klik gambar di bawah :)


Sekiranya anda tidak faham, boleh Call/SMS/WhatsApp saya di 0164022129


Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Chiffon Shawl Cantik + Menarik dengan harga MURAH!

Assalamualaikum. 

Ni testing blog post pasal Shawl. Kot-kot ada pelanggan perempuan yang suka singgah kat blog ni. Hehehe.. Yang boy-boy pun, boleh beli untuk gf ker, isteri ker, mak-mak ker. Hihi.. 

Detail berkenaan Chiffon Shawl ini ialah :-

Ukuran : 1.7m x 0.7m
Harga   : RM 30 (include postage)

Jualan PUKAL pun ada!

*Untuk harga menarik, mesej kami.

Lihat-lihat, jeling-jeling, kelih-kelih. Berkenan bagitahu saya yer. Untuk tempahan, sila baca mesej selepas gambar-gambar ini. :)













Boleh PM FB saya (lihat tepi kiri blog ni) atau tinggal mesej kat ruangan komen post blog untuk tempahan atau mesej ke : 0164022129. Bagitahu kod Shawl anda. Yang gambar pompuan tu, kod "Comel". Hihihi..

*OPSS! Maaf, tak susun ikut no. Hehe..

Sekian, terima kasih :)

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Sunday, June 16, 2013

SNE : Penawar Semua Penyakit Kronik/Kritikal

Assalamualaikum/Salam 1Malaysia..

[PENTING] (Mohon dipanjangkan entry ini meskipun anda tidak berminat kerana mungkin ada orang yang lebih memerlukan penawar ini. Orang sihat tidak akan nampak apa yang orang sakit nampak. Bantulah mereka. Pekenalkan URL blog ini kepada sahabat, saudara-mara anda)

Saya percaya, semua ada masalah kesihatan. Kalau bukan anda, tentu mama, abah, adik-beradik, kawan-kawan, saudara-mara dan orang yang berada sekelilng kita, jiran kita, dan sebagainya seperti KANSER, Buah Pinggang, Kencing Manis, Thyroid, Strok, Darah Tinggi, Jantung Berlubang, Susah dapat anak, Asma, Ulser, Leukemia, Ketumbuhan dan sebagainya PENYAKIT KRONIK yang mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh. (Sila lihat senarai penyakit di dalam gambar yang saya sertakan di bawah)



Jangan gusar. Jangan takut. Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati. 


Baca testimoni dengan klik link di bawah untuk dapatkan gambaran. Percayalah, ada orang yang lebih TERUK daripada anda. Mencegah lebih baik dari merawat. Bacalah "Bismillahirahmanrahim" dan Klik...

 >>> www.snepower.webs.com/testimonisne

SNE (Super Nutrient Essence) : Bukan Dadah, Bukan Berasaskan bahan Kimia. Ianya berasaskan daripada minyak Buah Seabucktrorn (untuk lebih pemahaman, sila buat sedikit research dengan menaip "SNE" di Google).

In Sha Allah, team kami sedia membantu. WhatsApp/WeChat : 0164022129 / Emelkan pertanyaan ke : sne.power@yahoo.com / thesnepower@gmail.com. Team kami akan ke tempat anda membantu sesiapa yang memerlukan.

Sekali lagi saya tekankan, mohon di panjangkan entry ini meskipun anda tidak berminat kerana mungkin ada orang yang lebih memerlukan penawar ini. Orang sihat tidak akan nampak apa yang orang sakit nampak. Bantulah mereka. SHARE di FB yer :)

Yang Ikhlas,


Dapatkan lebih maklumat di website kami www.snepower.webs.com . Sekian, terima kasih.

Thursday, May 16, 2013

20 Amalan Murah Rezeki. Bacalah...

Assalamualaikum warahmatullah, 

Bersua kembali. Lama tak conteng-conteng blog. Harap semuanya sihat sentiasa. Saya lepak sini kejap buat blog. Nanti lepas ni kembali sibuk semula. Hehe.. Baik, kali ini saya ambil entri daripada emel yang diterima tahun 2010. Dah lama tersimpan. Hari ni kemaskini emel. Banyak emel sampah. So, buang mana yang tak berguna, simpan mana yang berfaedah. Antara emel yang saya terima ialah berkenaan 20 Amalan Murah Rezeki. Jom kita baca. Buat renungan kita bersama. Peringatan untuk diri saya juga..


Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. :) Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:-

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis Qursi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar 

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi 

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim 

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha 

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu.

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Sampai bersua lagi,

Assalamualaikum wbt.

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE. Tq :)

Thursday, April 4, 2013

Produk Kitar Semula : Lampu Yang Awesome!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Bersua lagi. Lama tak post kat blog.

Kali ini entry pasal mesra alam sikit. Pasal kitar semua. Jom kita menggunakan sumber yang terdapat di sekeliling untuk menghasilkan produk yang cantik dan berkualiti seperti gambar di bawah!


Apa yang anda perlukan hanyalah :-
  1. Sudu Plastik
  2. Gunting/Pisau
  3. Gam Cap Gajah (Gam Cap lain pun boleh. Better Gajah, POWER!)
  4. Botol Air Mineral Besar
  5. Wayar
  6. Soket Lampu
  7. Plug/Soket
  8. Biji Mentol
  9. Sedikit kreativiti tangan anda yang bertuah!



























Cara-cara membuatnya :-

Langkah 1
Gunakan Pisau untuk memotong kepala sudu plastik.

Langkah 2
Potong bahagian bawah botol air mineral secara berhati-hati. Jangan terlalu teratas. Hanya potong di bahagian tapak yang condong sedikit tu. Nak nampak mcm bertutup bila sudu di gam habis kelak.

Langkah 3
Gam satu persatu sudu. Gam macam bersisik. Di sini kreativiti anda diperlukan agar hasil yang dihasilkan dapat memuaskan hati anda :)

Langkah 4
Wayar lektrik tu, mentol-mentol semua, tanya suami/abang anda. Mereka lebih arif. Kalau tak tahu, boleh pergi ke kedai elektrik tanya jurujual. Hanya perlukan pemegang mentol, mentol, wayar dan juga soket (utk pasang lampu nanti). Berapa KW tenaga yang digunakan, itu kena rujuk kepada yang arif. Saya sekadar memberi panduan nak buat menda ni. Hehe...

Langkah 5
Dah siap? Boleh gantung. Apa lagi? :)

Langkah 6
Nyalakan mentol anda dan lihatlah hasilnya!!


Selamat mencuba. Semoga bersua lagi. 
Assalamualaikum :)

Temui saya di group [Klik di bawah]: -




Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...