Thursday, June 21, 2012

Kerjaya sebagai MODERATOR fanpage di FB..

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua. Salam 1 Malaysia.

Hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku sebagai Moderator. Jadi moderator ni best. Sebelum kita melalut, membebel lebih panjang, apakah anda tahu berkenaan Moderator? Mengikut Kamus DEWAN Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, Moderator bermaksud "orang yang mengendalikan atau mengawal perbincangan dan sebagainya supaya dapat mencapai kata sepakat, atau supaya berjalan lancar dan teratur". 

Tapi Moderator yang aku maksudkan kat blog ni ialah MODERATOR FANPAGE dan GROUP kat Facebook. Actually, ada title sebagai kerjaya Moderator ni. PM sendiri pun, ada orang yang jaga akaun FB beliau. Syarikat-syarikat gergasi pun ada moderator untuk jaga fanpage FB mereka. Gaji? Fuh, lebih ramai yang kunjungi fanpage FB yang di kawal oleh moderator ni, lebih banyak ler gajinya. Kadang-kadang mengalahkan gaji seorang doktor. Itu baru satu fanpage yang dia jaga. Kalau 2 fanpage? 3, 4? Kaya wooo. Tapi lau jaga banyak-banyak, peluang untuk fanpage lain terabai lebih cerah. Kalau terer xpa.. Hehehehe..

Jaga fanpage dan group ni bukan kerja mudah juga. Kena selalu alert dengan komen, pertanyaan, maklumbalas. Adakalanya berjaga 24 jam awasi fanpage bagi mengelakkan komen-komen daripada pengguna yang boleh menjatuhkan imej. Di sinilah peranan moderator yang paling mencabar. Mereka mestilah dilengkapi dengan pengetahuan yang banyak berkenaan produk, syarikat yang mereka berkhidmat tu. 

Kalaulah kerjaya ni, bakal-bakal keluarga mentua boleh nampak masa depannya, sama dengan mana-mana kerjaya makan gaji sekarang (kerja moderator pun makan gaji jugak!), pasti tiada masalah kerana moderator pun mampu jaga anak mereka selepas berkahwin. Asalkan halal, apa nak dirungsingkan, kan, kan, kan? Kalau anda jadi moderator dengan gaji RM 10k sebulan, nak tak? Sapa tak nak!

Aku juga seorang moderator fanpage dan group. Fanpage dan group yang aku buat ialah seperti di bawah. Untuk ke page tersebut, sila klik di atas nama masing-masing yer.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) - tempat aku kerja sekarang.
AKU Love Myself. - Saja2 jer. Tak aktif sangat pun..
Duniaku [at] Blogspot - Ni fanpage BLOG ni ler..
Prepaid4U.net - Ni bab-bab bisnes jual prepaid. Dah tak aktif sangat..
Geng Kemehe 1983 - Untuk geng sekolah aku dulu jer..
Sholehah.Com - Bisnes Online ni.
Slim Diet ll (SD2) - Susu diet boleh dapatkan kat sini!
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) - Group BIM yang aktif.

Yang Paling aku suka ialah menjadi Moderator untuk fanpage syarikat TM ADS SOLUTION SDN. BHD. Mereka mengamanahkan aku menjaga fanpage PORTAL EILMU. Dapatlah sikit duit saku. Nak bayar kereta bulan-bulan pun lepas lah. Alhamdulillah. Anda yang kat facebook ni kalau ada kepakaran, gunakan sebaiknya. Income sebagai moderator pun boleh tahan..

Cukup sudah untuk entri kali ini. Ada komen, boleh ler tinggal kat kotak komen kat bawah yer.. Sampai bersua lagi. Assalamualaikum!

*Pstttt... Bayangkan semua entri yang aku tulis ni, aku cerita dengan menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) !

Cover FanPage Portal Eilmu



Klik LIKE if anda menyukainya dan SHARE :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...