Friday, August 3, 2012

Khas buat mereka yang ingin belajar Bahasa Isyarat, mengikut kesesuaian masa masing-masing..

Assalamualaikum.. Bersua kembali...

Dah masuk pertengahan Ramadhan. Bagaimana puasa kalian semua? Harap sihat-sihat yer puasa tu. Sihat di sini bermaksud, tak buat dosa kering, tak tgk benda yang mengurangkan pahala, tak melaserkan mulut, dll. InsyaAllah, semoga puasa kita diterima Allah swt.

Hari ni saya nak coret moret sikit pasal Bahasa Isyarat. Ramai yang call MFD kata berminat. Nak tunggu pengambilan baru, lambat lagi. Mungkin lepas raya. Lagipun, tak semua orang leh bagi komitmen dapat datang setiap minggu. Ada yang datang cut cut cut. Sebab, ye lah.. Tiba-tiba ada hal yang di luar jangka.. Sayang gak belajar putus-putus mcm ni.. Merugikan..

Lagipun, mereka yang benar-benar nak belajar ni, terlepas peluang. Saya fikir, apa salahnya buat tuisyen BIM sendiri, dari rumah ke rumah, mengikut kesesuaian masa sendiri? Selain menambah kenalan, melalui cara ini saya juga telah melakukan satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat terutamanya untuk komuniti Pekak. Saya telah menyebarkan ilmu kepada masyarakat dan mengurangkan jurang komunikasi di antara mereka. Ilmu untuk disebarkan.. Betulkan kalau saya salah.

Ini berita baik untuk sesiapa yang berminat. Saya dengan insiatif sendiri membuat tutor BIM sendiri mengajar sesiapa yang berminat. Yang berdekatan sini, KL / Selangor, boleh ler kalau nak belajar. Saya pergi ke rumah anda, atau tempat yang ditentukan anda (of coz sesuai untuk belajar, library ke dll). Namun, satu perkara yang saya mahu tegaskan di sini ialah, kelas BIM ini adalah peribadi tiada kaitan dengan MFD. Macam orang yang mengajar tuisyen dari rumah ke rumah yer.

So, tiadalah sijil setelah tamat belajar. (Saya percaya, sijil bukanlah segala-galanya yang menentukan kejayaan berbahasa isyarat, ianya adalah kesungguhan untuk belajar dan menguasai. Belajar ni, lama-lama lupa juga kalau tak praktis). Penting ke sijil? Tepuk dada, tanya selera. :)

Yuran dikenakan. Maklumat lanjut, bolehlah menghubungi saya yer. Tak susah nak jumpa. Kat Blog ni ada petak mesej, tanya je. Kat tepi blog ni pun ada tunjuk FB saya, add je dan PM kat FB. Lau nak Call/Sms pun leh je. Sila guna no ni : 016-4022129. Kelas ni, mungkin lepas raya saya akan adakan.. Mungkin setiap malam. Tiada masalah bagi saya. InsyaAllah. Jemput ke page BIM milik saya di :-


Klik gambar di bawah untuk masuk page ni memeriahkan.
Jangan lupa LIKE yer.. TQ :)


SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KITA KAT LUAR SANA TU YANG BERMINAT NAK BELAJAR BAHASA ISYARAT MENGIKUT KELAPANGAN MASA MASING-MASING.


Klik LIKE if anda menyukainya dan SHARE :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...