Sunday, October 2, 2011

Eeeeeeeeeee.. Pengotor!

Assalamualaikum..
Salam sejahtera sahabat sekalian..
Semoga sihat sentiasa waktu ini, saat ini, masa ini..

Ke mana hari ni? Rehat sepanjang hari kat rumah? Keluar dating? Melancong? Makan angin? Makan-makan? Pusing satu kampung / bandar? Singgah rumah saudara? Berkebun? Tidur? Apa-apa jer.. Aku? Entah.. Susah nak kata. Ikut MOOD..

Dah lama aku tak menconteng-conteng blog. Selalunya aku masukkan apa-apa info yang aku baca, update balik kat blog ni sebarkan pengetahuan kepada orang lain pulak. Pasal life aku, jarang nak coret-coret sebab aku xdak IDEA. Life aku pun, bukan menarik sangat.. Awal penubuhan blog ni, banyak tentang life aku, sure bosan. So, aku tukar blog jenis bermaklumat sikit (sikit je?). Kadang-kadang je la aku akan menconteng macam ni..

Hari ni aku nak bercerita pasal bab kedai makan. Kedai orang kita. Kedai Melayu. Tak kira la dari mana asalnya pekedai ni.. Utara, Selatan, Timur, Barat. Aku sekarang banyak makan kat kedai makan yang datang dari UTARA. Terbawa-bawa sebab pasangan aku orang utara kot.. kot-kot nak ubah pelat Utara, kena makan makanan utara.. hehehe.. Kalau nak pelat Kelate contohnya, makan la makanan dari kelate.. BUDU, Tempoyak, Petai.. haha.. Dop gitu??

Ni haaa.. satu gerai tu, aku singgah makan dengan someone yang amat spesel. Dekat-dekat stesen minyak Petronas Putra Height. Milik orang Kelate.. Kiranya kedai dari Timur la nih.. (Orang aku tuh!) Cerita yang aku nak buat ni adalah berkenaan kebersihan. Menyentuh hal-hal bab cleannnnnnnnnnnnn.. Bab-bab makan, sedap tu.. memang best.. Cuma, bab clean clean (bukan keling-keling), aku tak puas hati.. Nak tau criternya?? Jeng-jeng-jeng...

* AWAS! | Artikel blog ni bukan untuk memburukkan kedai makan seseorang, jauh sekali nak menjatuhkan. Sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman. Aku hanya melaporkan apa yang aku lihat..

Kami sampai sana dah nak maghrib dekat-dekat jam 7.00 pm gitu. Kami order Bihun sup, mee goreng basah, teh ais, teh o ais.. Harga? total RM 9.50 je. Murah, kan?? Perghh.. sedap.. Mana nak jumpa lagi teh o ais yang harga RM 1.00 sekarang ni??

Ok kita masuk bab clean.. Bab ni, memang aku tak puas hati kat kedai ni. Sedang aku makan-makan, aku tengok staffnya sorang.. bahagian buat buah kot? Kat depan meja makan aku duk tu menghadap ke bahagian buah-buah tu la.. Tau wat pe? Duk syok korek idung sambil borak2 dengan member dia yang duk isap rokok plak! Ko bayangkan la... eeee... kembe aku.. (yang ko g tengok watpe, kan kembe? "kalau aku tak tengok, xde la aku nak buat cerita, dop gitu? Lagipun tu la gunanya mata, melapor apa yg dilihat. hehehe..") Sayang aku takde amik gambaaaa.. Jauh.. lau snap pun, nampak sgt pun ntah.. HP buruk jah tu.. kelak-kelak, aku akan melaporkan perkara dengan gambar. InsyaAllah.. Hmmmm... Agak-agak korang, sanggup mai lagi tak gerai tu?? Reject dah aku...

Hmmm... dah elok-elok kedainya, makanannya.. ada NILA sorang macam ni dalam kedai, rosak jugak.. Buat pemilik kedai makan, sesiapa je.. jagalah etika. Jagalah kebersihan. Sikap diri juga.. Nak korek idung pom, janganlaa bagi aku nampak! Ko tu tukang buat air ka, buah ka, masak2 ka.. memang tak patut ko KOREK HIDUNG. Memang tahap pengotor.. Ntah basuh tangan tak nak sedia juadah seterusnya.. tak dapat aku bayangkan....

Ni bukan kali pertama. Banyak yang berlaku secara tak sengaja yang aku terlihat. Semua orang.. Melayu, Cina, India bla-bla.. Satu Malaysia.. Tapi maaf yer aku cakap, MELAYU lebih ramai. Bukan nak memburukkan bangsa sendiri, inilah hakikatnya.. Tu belum masuk bab-bab harga makanan yang mencekik darah (klik sini ke jom survey2 forum yang mencekik darah) dan layanan (klik sini nak baca tentang bab layanan dari Utusan Malaysia).. Yang mencekik ni, kat Kelantan sendiri aku kena.. Makan ala-ala kampung ja, caj dekat 7.00 RM : nasik berlauk dengan teh o ais.. Tau ngapa? Sebab aku cakap luaq (saja nak uji..) Bengang, kan? So, tak hairanlah. Bagi aku, banyak kedai orang kita MELAYU tak bertahan lama... Sendiri boleh fikir apa sebabnya...

*Apa pendapat anda tentang isu ni? Sila komen....

"Anda juga macam ni kat rumah? Tepuk dada tanya selera!"

klik LIKE if anda menyukainya dan share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...