Wednesday, December 26, 2012

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia : Saya ke rumah anda!


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.. Bersua kembali...

Apa khabar? Semoga sihat sentiasa. 2012 sudah berlalu. Jadikan tahun 2013 lebih bermakna dan memberikan lebih kegembiraan kepada kita semua!!

Hari ni saya nak coret-moret kembali berkenaan kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Post berkenaan BIM ni pernah saya tulis pada bulan Ramadhan yang lalu. Harapnya masih releven untuk di ikuti. Saya refresh balik yer.

Ramai yang call MFD (Persekutuan Orang Pekak Malaysia) kata berminat nak belajar BIM. Nak tunggu pengambilan baru MFD buat, mungkin awal bulan Februari. Kelas yang MFD buat setiap hari SABTU sehingga 7 minggu. Tempatnya ialah di pejabat MFD di Damansara Perdana (awal tahun ni, kami akan berpindah ke sana). Kalau perancangan baik, bakal peserta tiada pertindihan jadual, tenaga pengajar pun tiada hal, insyaAllah boleh dihabiskan pada waktu yang ditetapkan. Selalunya, perancangan tidak seperti yang diharapkan. Ada selalu ditangguhkan dan ada pelajar tidak dapat mengikuti sepenuhnya. Ada pelbagai halangan. Tenaga pengajar pun kalau ada emergency, berlakulah perubahan jadual. Lagipun, tak semua orang boleh bagi komitmen dapat datang setiap minggu. Ada yang datang cut cut cut. Sebab, ye lah.. Tiba-tiba ada hal yang di luar jangka.. Sayang gak belajar putus-putus mcm ni.. Merugikan.. Rugi masa dan tenaga. Membazirkan..

Lagipun, mereka yang benar-benar nak belajar ni, terlepas peluang. Saya fikir, apa salahnya buat tuisyen BIM sendiri, dari rumah ke rumah, mengikut kesesuaian masa sendiri? Selain menambah kenalan, melalui cara ini saya juga telah melakukan satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat terutamanya untuk komuniti Pekak. Saya telah menyebarkan ilmu kepada masyarakat dan mengurangkan jurang komunikasi di antara mereka. Ilmu untuk disebarkan.. Betulkan kalau saya salah.

Ini berita baik untuk sesiapa yang berminat. Saya dengan insiatif sendiri membuat tutor BIM sendiri mengajar sesiapa yang berminat. Yang berdekatan sini, KL / Selangor, boleh ler kalau nak belajar. Saya pergi ke rumah anda, atau tempat yang ditentukan anda (of coz sesuai untuk belajar seperti library ke, foodcourt ke, taman awam ke, tempat makan ke dll yang ada orang ramai). Yang penting, anda tidak berasa MALU dan segan untuk belajar di khalayak ramai. Saya mempunyai seorang pelajar yang tinggal di  Putrajaya. Namanya Cik Cahaya. (Entry pasal study kami klik sini --> Belajar BIM dengan Cik Cahaya ) :) Setiap malam kami akan study di Foodcourt di Alamanda. Setiap kali kami belajar, orang sekeliling melihat kami berisyarat! MALU? Buat apa nak malu belajar ilmu baru? Nasibaik dia ni sporting. Perempuan. Umur baru 25 tahun. Alhamdulillah, boleh diterima dan menerima ilmu ini dengan lancar. Kelas kami bermula jam 8.00 pm - 10.00 malam. Selepas office hour, saya bergegas ke sana. Everyday sehingga 7 kali..

Namun, satu perkara yang saya mahu tegaskan di sini ialah, kelas BIM ini adalah PERIBADI  dan tiada kaitan dengan MFD. Ianya insiatif saya sendiri yang mahu mengajar sesiapa yang berminat, yang tidak kisah berkenaan bayaran, tempat belajar di mana dll. Macam orang yang mengajar tuisyen dari rumah ke rumah yer. So, TIADA SIJIL setelah tamat belajar. Saya bagitahu ni awal-awal yer sebab saya yang buat, bukan MFD yang buat. (Saya percaya, sijil bukanlah segala-galanya yang menentukan kejayaan berbahasa isyarat, ianya adalah kesungguhan untuk belajar dan menguasai. Belajar ni, lama-lama lupa juga kalau tak praktis). Penting ke sijil? Ada sijil, tapi tak guna dan praktik apa yang telah belajar, apa faedahnya? Tepuk dada, tanya selera. :)

Mungkin saya tidak di iktiraf sebagai tenaga pengajar oleh mana-mana institusi pendidikan seperti cikgu yang di iktiraf oleh KPM yang ada sijil dan kelulusan dll, namun saya boleh mangajar anda Bahasa Isyarat. Adakah ianya penting bagi anda? Sepertimana kita belajar setiap hari melalui pembacaan, melalui tunjuk ajar ibu, bapa, pengkongsian pengalaman orang-orang tua, dll begitulah juga dalam situasi ini, secara TIDAK FORMAL. 

Yuran yang saya kenakan amat berpatutan. Anda akan dihadiahkan oleh saya Buku Bahasa Isyarat Malaysia. Maklumat lanjut, bolehlah menghubungi saya yer. Tak susah nak jumpa. Kat Blog ni ada petak mesej, tanya je. Kat tepi blog ni pun ada tunjuk FB saya, add je dan PM kat FB. Lau nak Call/Sms pun leh je. Sila guna no ni : 010-8008172. Whatsapp pun boleh. Kelas ni, saya akan adakan setiap hari, mengikut kesesuaian masa anda semua. Bagitahu masa sekian-sekian, insyaAllah saya setkan jadual untuk mengajar anda. Mungkin setiap malam, sebab saya pun bekerja macam anda. Dan habis pada jam 6.00 petang setiap hari. Tiada masalah bagi saya. InsyaAllah. Jemput ke page BIM milik saya di bawah ni :)

Klik gambar di bawah untuk masuk page ni & memeriahkan. Jangan lupa LIKE yer. Semakin hari semakin meningkat mereka yang berminat untuk belajar BIM ni. Jangan lepaskan peluang ni. Selagi saya terdaya, insyaAllah kita belajar bersama-sama menguasai BIM ni :)



Mohon bantuan rakan-rakan Blogger dan Facebook menyebarkan post ini kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar BIM yer. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ini. FREE-FREE add saya di :-

Facebook : Aremi Rusli 
Mesej/Call/WhatsApp : 010-8008172


Klik LIKE if anda menyukainya dan SHARE :)

11 comments:

  1. Ada sebarang pertanyaan, boleh tinggal komen kat sini :)

    ReplyDelete
  2. Sekitar KL/Selangor je ke hmm... :|
    Jauh betul... BIM nih agak sama dengan ASL (american sign lang.) kan ??
    kalau lah ade rezeki :|

    ReplyDelete
  3. Salam. Ada buat lagi kelas private? Boleh email saya di bonzaimy@gmail untuk harga?

    ReplyDelete
  4. salam. Kelas masih buat lagi ke? boleh emel saya di nurfarhana.farhanaliyana@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Hubungi wassap saya di 0108008172

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum encik Armi. Maaf ganggu. Saya nk tanya masih buat ke kelas ni? Kalau kelas berkumpulan ada ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...