Thursday, January 3, 2013

Aku Bercerita : Kelas BIM dengan Cik Cahaya di Alamanda, Putrajaya : 23hb - 28hb Disember 2012

Cerita bermula, pada pagi Rabu nan Indah. 19hb Disember 2012 : Masa duk Kursus BIM kat Hotel Best Western Premier Dua Sentral, KL, utk staff Tourism Malaysia.

Received mesej dari Mas, rakan sekerja kat MFD :

Mas : Mie, adow ore nak belajar BIM? Guano nop royat?
AKU : Royat ah, MFD dop buko lagi loni. Mukim bule 2 taun depe, lambat lagi.
Mas : Dio sungguh nop belaja nih. Minggu depe dio kelik Saboh doh. Mas bagi nombo mie ko dia deh? Mie bice denga dio guano..
AKU : Hmm.. Ok.. Ok..

Received mesej dari 019259****

DIA : Assalamualaikum. sy nurul. sy ada telefon MFD utk ambil kursus bhs isyarat dan staf di situ bagi nombor encik. sy mengajar di sabah jd mmg tak boleh nak hadiri kursus 7 minggu tu. jd kalau blh sy nak hadiri kelas setiap hari utk 7 sesi. boleh ke mcm tu
AKU : buat masa ni, MFD tak buat pengambilan lagi. bulan 2 kot. tengah kursus BIM skrg ni kat KL.
DIA : Jd kalau sy masuk kelas minggu depan boleh ke atau mcm mana =)
AKU : Hmm, mggu depan MFD sibuk dgn hal perpindahan opis.
DIA : pindah opis ke mana pulak? erk kalau saya ambil tuition dan ambil test utk sijil boleh ke? sb kalo sy x blh buat mgu depan, alamatnya thn depan bulan 12 br sy ada masa. brp bayaran tuition encik?
AKU : kalau nak ambil skrg, i rasa tak sempat lah kot. kalau saya yang buat, boleh ler.
DIA : Jd MFD hanya akan mula kelas tahun depan la ye. selain MFD siapa lg yg tawarkan sijil ye? berapa bayaran tuition dgn encik dan berapa sesi? sebabnya sy nk sambg masters in special education. bagus kalau ada sijil.
AKU : MFD jer yang buat kursus BIM ni. Kalau saya buat, saya caj RM(di rahsiakan). 7 sesi semuanya..
DIA : dlm 7 sesi tu ape yg akan sy belajar
AKU : Asas, keluarga, pekerjaan, jadual, komunikasi dll.
DIA : termasuk buku? bila encik boleh mula kalau sy nak belajar? sb sy balik sabah 29 dec ni
AKU : Isnin depan?
*xde balasan dah lepas tu...

Keesokkannya : 20hb Disember 2012
DIA : salam en. armi. jd bila encik boleh start tuition tu =D
AKU : Isnin, 23hb boleh?
*Xde jawapan....

Lusanya : 22hb Disember 2012
DIA : Salam. maaf ganggu. tp sy (cik nurul yg sms encik hr tu) nk confirm dgn encik. boleh ke buat tuition bahasa isyarat utk sy sebelum sy balik sabah 29 dec ni?
AKU :  Boleh. Bila nak mula, jam?
DIA : esok mula on boleh jugak sb sy agak free. pkl 2.30 kat alamanda. kalo hari biasa pukul 8 mlm di alamanda jgk. ok ke?
AKU : Sabtu tak sure i FREE. takut ada hal. Tapi xde sijil, xpe ker?
DIA : takpelah sijil tu. dh sistem mcm tu nak buat mcm mane. ok so isnin ye. terima kasih
AKU : sama-sama..

Maka, bermula dari persetujuan hari tu, kelas kami bermula pada 23hb, walaupun patutnya bermula hari Isnin. Aku tiada hal pada hari Ahad tu. Sebab tu status kat FB aku letak "Satu hari yang cukup bermakna" sebab pergi mengajar. Tapi ada sorang yang salah faham bila baca status tu, ingat bermakna sebab dia tak kacau kite. Ish2. Haha.. Maka, petang itu aku pun bersiap ke Alamanda selepas solat Zohor.

Pemanduan kali ini amat lancar. Sepanjang perjalanan aku duk mengagak-agak bagaimanakah rupanya Cik Nurul ni? Gemukkah? Berjerawatkah, hitamkah, lawakah bla bla bla. Ish2. Jahat sungguh noo.. Sampai Alamanda, aku cari parking. Sampai kat Foodcourt, aku sms dia tanya kat mana. 1st nak jumpa, rupa pun tak tahu lagi, dia cakap pakai tudung labuh, duk dekat kedai Popiah ..... Ntah apa namanya. Haaa.. JUMPA pun, dengan abahnya. Rupa dia macamana? Ciptaan Allah s.w.t semuanya cantik-cantik belake, kan? Sejuk mata memandang. :) 

Bermulalah sesi pertemuan pertama kami hari itu. Hari pertama kami belajar ASAS : A - Z, Nombor, Warna, Ucapan dll. Bapanya balik awal. Tinggal kami berdua. Kat Foodcourt yer. Ramai orang. Dah tengok semacam dah tepi-tepi aku ni haa.. Lebih kurang dekat-dekat jam 5.00 kami habis. Kakak dia yang datang ambil. Proses berjalan lancar. Tanya rumah kat mana : Pinggiran Desa Putra. AKU : ooooo...

Hari kedua : Isnin 24hb. Hari ni aku kerja. Jam 6 lepas habis kerja bergegas terus ke Putrajaya. Singgah solat kat Masjid Putra. Habis terus ke Alamanda. Sampai tepat masanya juga. Jam 8.00 kami bermula. Hari ni, kami belajar ttg Keluarga. Anak, Emak, Ayah, Suami, Isteri bla bla bla bla.. berlanjutan sehingga jam 10.00 malam. Setiap sesi, kami belajar selama 2 jam. Yeah, 4 sesi lagi (6 sesi jer sebab hari ketujuh dia xde kat sini dah, dia kat Semporna)!!

Hari ketiga : Selasa 25hb : Kami ulangkaji ttg negeri. Kali ni kat Noodle Station kat Alamanda juga. Dia order mee sup. Ka meggi? Lupa da. Belajar sambil makan. Makan sambil belajar. Part ni paling best sebab garfu (sudu, penyepit?) melayang sebab Cik Nurul ni signnya sungguh ganas. Haha.. Hari ni aku tanya, nama isyarat dia mcmana? Dia buat mcm CAHAYA. Sebab nama dia NURUL AKMAR yang bermaksud CAHAYA. Senang ingat sungguh namanya. So, selepas hari tu, aku asyik panggil CAHAYA jer. Dia ni kuat cakap juga. Pening cikgu.. (@@) 10.00 lebih, tamat!

Hari ke-4 : 26hb, Rabu. Kali ni kat foodcourt. Dia datang lewat sikit sampai. Baru gerak dari rumah jam 8.00 mlm. Sampai lebih kurang jam 8.15. Topik kali ni, kami masuk ke bab jadual, tarikh, hari, bla bla bla. Tapi sesi komunikasi jer yang banyak. Kan dah cakap, Cik Cahaya ni banyak cakap. Full guna sign, perghh dah maju ler cik.. Suka cikgu.. :) Mood dia tak berapa BAGUS hari ni. Oleh disebabkan dia belanja aku minum semalam, aku hari ni belanja dia makan aiskrim Trufti Fruiti (betul dak aku eja?). MOOD dia yang tak OK berpunca dari makan menda ni ler. Kisahnya, aku punya aiskrim halfprice, but dia tolak yang Cik Cahaya amik, bukan aku punya. Tahu lepas buat pembayaran, tgk  kat resit. Dia kata, mengapa tak tanya dulu sebelum tolak? Aku mengiayakan je. Padahal aku tak kisah pun. Malam tu, dia membebel. Best2!! Memang, jauh BEZA New Zealand dengan MALAYSIA! Kat sana, boleh amik balik. Kat sini? Owh, Malaysiaku.. Erkk.. keluar topik. Sambung kat bawah!

Hari ke-5 : Khamis, 27hb. Hari ni, aku sibuk kemas-kemas kat Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor. So, dh mesej dia bgtau mungkin datang lambat. Lepas baca Yaasin, aku bergegas ke sana. Tu pun balik rumah dulu salin baju. Kali ni, kami study kat rumah dia kat Pinggiran Desa Putra. Nasibaik jumpa cari. Tq Cik Kuning bimbing aku guna GPS yang tepat. Kalau tak, sesat ntah ke mana. Jam 9.00 aku sampai kat rumah dia, tepat. Mean, habis lambat ler jam 11.00 malam. Hurmmm.. Kami banyak borak dari study, guna sign language! Wakakaka.. Tajuk Pekerjaan (kot?) Lupa ler.. Takpe, yang penting, dia dah MAJU. hehe..

Hari terakhir, Jumaat malam. Study kat rumah dia. jam 6.00 tepat aku blah dari sekolah lepas kemas-kemas. Kami mengecat sekolah. Hampir siap. Hari terakhir ni, aku pergi Alamanda dulu lepas solat maghrib kat rumah. Aku sibuk cari buku : "Perterjemahan & Bahasa Isyarat" oleh Dr. Hasuria Omar (kenapa buku ni? sebab ada nama aku dlm buku tu, hahaha). Hmm, cari-cari tak jumpa. Hajatnya nak bagi cederahati sebelum dia berlepas ke Semporna keesokannya. Sayangnya dak jumpa. Bulan 3 ler aku bagi dia. Sekarang masih duk cari buku tu. InsyaAllah, ada nanti. Bulan 3 lambat lagi. Berbalik malam tu, kami terus berkomunikasi guna BIM mcm biasa. Borak-borak kosong. Itupun lepas UJIAN BIM yang aku uji sendiri. Markah? Ehem.. dia je yang tahu..

Al-kisah, begitulah kelas BIM yang aku lalui minggu lepas dengan Cik Cahaya. Harapnya lepas ni, ramai lagi Cik Cahaya lain yang muncul nak belajar BIM. Kalau berminat, boleh ler klik --> Belajar BIM

To : Cik Cahaya, 

"Terima kasih kerana sudi berguru dengan hamba. Baik-baik mengajar anak murid kat sana. Jangan asyik tunjuk "buku lima" je. Hehe.. Kalau Cik Cahaya baca post ni, sila bayangkan semua dalam Bahasa Isyarat Malaysia yer! Sampai bersua lagi bulan March nanti. Jangan lupa hello-hello. Masih ada satu lagi sesi yang belum habis. Yuran dah bayar tu, rugi ler..."

Sekian, wassalam!

P/S : Sehingga entry ini ditulis, saya masih duk pikir kat mana nak pergi cari buku tu!! Terima kasih kerana sudi membaca cerita kali ini. Memang seronok jadi cikgu rupanya.. Hurmmmm..

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

2 comments:

  1. bestnya belajar bahasa isyarat.nice entri sebab banyak info ;)

    ReplyDelete
  2. Nnt amirul belajar ler sekali. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...