Tuesday, July 23, 2013

Ketupat Daun Palas!

As salam. Kali ni entry pasal...

Ketupat daun palas? Pernah dengar? Kot-kot anda yang zaman moden ni, tak pernah dengar pun. Sudah lama aku tak sentuh buat ketupat ni. Biasanya, kalau aku kerja kat Kelantan, pasti aku ringan-ringankan tulang tolong nenek atau mak aku buat ketupat ni time dekat-dekat nak raya. Bentuk 3 segi, dengan belang-belang alur daun, memang cantik, memang berkilat terutamanya selepas kena minyak dan masak!

Tahun ini, apakah nenek aku buat ketupat ni? Apakah mama aku buat ketupat ni? Harapnya ada ler. Nanti boleh bawa ke Pendang, Kedah masuk dalam satu dulang untuk hantaran meminang. Muahahaha.. OK apa. Ketupat oo. Klasik! Kan kan kan kan?? Nanti usulkan kat mak. Mak yang urus hal design-design, bahan-bahan barang-barang ni semua. Hehehehehe..

Ok, cukup aku merapu pasal ketupat. Susah nak jumpa menda ni kat area KL. Bersama entry ni, aku post je la gambar ketupat. Kot-kot korang tak pernah tengok. Jangan kata tengok, sentuh dan makan pun tak pernah. Kasihan pada generasi zaman moden ni. Semua yang "klasik" semakin dilupai..
Salam Ramadhan 1434Hijrah!





Amacam, terliur? JOM Carik!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

2 comments:

  1. memang susah ni nk cari kt luar. dying art la katakan. kena plak ketupat inti serunding, perghhh. Ni yg tak sabar nk blk kg ni. btw, jemput singgah http://madestory.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler. Sabo je la. Dah tak lama. Nanti drive balik kampung elok2 tuan. Jangan asyik terbayang ketupat jer. Hehehe..

      *Dah singgah :) Tq singgah sini..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...