Friday, July 12, 2013

Ramadhan ini..

 Ramadhan ini,
Mungkin yang terakhir bagi diriku.
Mungkin jua yang terakhir bagi dirimu.
Mungkin juga bukan,  Mungkin juga ya.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah,
Kerana kami masih diberi peluang.

Ramadhan ini,
Ku lihat manusia terpinga-pinga,
Antara realiti dan fantasi,
Apakah mereka benar-benar menghayati,
Apakah mereka berpura-pura?
Nilai Ramadhan, bukan pada tahan lapar dahaga,
Ianya pada niat, ia pada takwa, ia pada iman.

Ramadhan ini,
Ku lihat nenek tua, menganyam mengkuang.
Ku lihat atok, menjahit pukat.
Manik-manik jernih di mata tua itu,
Ku tahu.. Nek rindukan anak-anak.
Ku tahu, tok ingat anak-anak!
Ku tahu! Nikmat berpuasa dengan anak tersayang,
Aku pun nak lalui sepertimu, nek! tok!

Ramadhan ini,
Mataku terpaku kepada si penarik beca.
Mencari sesuap nasi, bekalan untuk berbuka.
Bekalan untuk bersahur, bekalan untuk keluarga.
Aku mencemburuimu wahai pakcik.
Tabah dan cekal dirimu mengharungi Ramadhan ini,
Bersama keluarga tercinta susah senang bersama!
Sedangkan aku keseorangan di rantauan ini.

Ramadhan ini,
Mengajar aku erti kehidupan,
Mengajar aku hikpokrit peniaga rakus,
Mengabaikan nilai etika islamiah!
Berniaga bukan lagi menjadi satu ibadah.
Hanya keuntungan semata-mata,
Hingga mengabaikan hak pengguna!
Oh Duniawi!

Ku harapkan, Ramadhan ini,
1434 Hijrah ini, 2013 Masihi ini,
Menjadi titik permulaan kehidupan baru diriku.
Mudahkanlah urusan daku ya Allah.
Berkatilah segala usaha yang aku lakukan ya Allah.
Panjangkan jodoh kami.
Satukan hati kami.

Aamiin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...