Wednesday, January 6, 2016

2016 - Tahun yang mencabar! Ayuh, cabarkan diri.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Bersua kembali. 

Alhamdulillah, masih bekesempatan untuk singgah dan menaip di sini. Rindu dunia blogging, zaman awal di mana aku baru berjinak-jinak dengan dunia internet. Di sinilah aku bermula sebelum munculnya Friendster, MySpace, Tagged, Facebook. Banyak sejarahnya. Siapa pernah lalui sezaman dengan aku ni, mesti sado-sado belaker menghadapi arus pemodenan dunia tanpa sempadan kan kan kan.. Ke lembik? Hehe..

Dan, melalui BLOG ini jugalah aku belajar asas bagaimana nak coding, html bla bla bla membawa kepada cara membuat website, meskipun menggunakan domain FREE. Haha. Setakat ni yang serius aku bikin cumalah website ini : http://teamakukaya.weebly.com/. Klik nanti dan lihatlah. Website tentang bisnes yang aku join je. Takde menda lain dah nak cerita. Kalau bab cerita, itupun pasal bisnes sila ke FB ni : Aremi Rusli.

NOW, dah 2016. Pantas masa berlalu bukan? Aku mula bersama dunia blog pada tahun 2010. 6 tahun telah berlalu. Inilah ENTRY PERTAMA aku di blog ini : ENTRY 1. Itu pun selepas Friendster block blog aku. Masa tu blog aku ada di link Friendster. Zaman hingusan tu. Haha. Ni pun masih bertatih lagi. 

Aku tak tahu nak cerita apa la. Anggap je ini entry tahun baru aku, yang mengimbas nostalgia zaman awal mula mengenali dunia siber. Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan.

SELAMAT TAHUN BARU 2016. SEMOGA TAHUN INI KITA SEMUA SENTIASA DI MURAHKAN REZEKI,DAN SUCCESS DANLAM APA JUA BIDANG YANG KITA CEBURI. IN SHA ALLAH.

Matlamat aku tahun ini cuma satu, BEBAS HUTANG. So, kita upkan income dengan perniagaan internet 5-6 angka sebulan tahun ini. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan. Sampai bersua lagi. 

Sekian, wassalam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...