Thursday, January 7, 2016

IJAZAH vs TIADA IJAZAH - Kita semua sama sahaja.

Assalamualaikum. Bersua kembali. Alhamdulillah.

Kali ini aku nak bercerita. Panjanglah sikit.

Aku scroll wall Facebook kawan dan tertarik dengan statement kawan aku pasal sikap orang kita​. Tentang kawan berijazah. Tentang group whatsapp yang kumpulkan kawan-kawan, kawan sekolah mungkin. Group whatsapp macam ni aku pernah create. Aku pernah buat. Aku admin. Aku boss. Haha..

Bila dah lama sangat dalam tu, aku lihat ahli yang ada suka membanding-bandingkan kawan. Yang membanggakan diri sendiri. Semua nak jadi HEBAT. Semua nak nampak BAGUS. Tanpa pengetahuan, bila dah jumpa kawan lama, buat group diorang plak. Untuk mengumpat barangkali. Haha. 

Then, hari ini aku tergerak nak ceritakan sedikit pengalaman aku. Situasi yang sama di alami, bezanya aku berijazah. Opp. Aku bukan nak kata aku ni bagus. Tidak. Ini cuma secebis cerita dan mungkin boleh jadikan semangat kepada kawan aku yang tidak berijazah. Apa bezanya. Taraf kita adalah sama tak kisah anda belajar setakat mana. 




Dunia sekarang bukan seperti zaman dahulu. Score atas kertas tidak menjanjikan anda berjaya. Its all about your. Bagaimana anda BERUSAHA.  Ada yang belajar tinggi-tinggi, tapi menjadi pekebun. Ok what. Mulia apa kerja. Tapi, masalahnya orang suka nak lihat kita "sepadan" dengan apa yang kita ambil. Kita ke dia yang nak tanggung hidup kita? Haha. 

Tak semestinya apa yang anda belajar, anda keluar anda masuk bidang tu juga. Lebih-lebih lagi nak dapat kerja bukan senang sekarang. Persaingan sengit. Aku pun susah nak masuk. Lebih-lebih lagi aku ni OKU (Kurang Pendengaran). Aku pekak beb. Pakai alat pendengaran, dengarlah. Opp. Aku bukan nak korang bersimpati. Aku nak korang BUKA MATA luas-luas. Aku yang pekak ni, berijazah lagi sanggup buat kerja bodo-bodo macam ni. Jual simcard, jual produk kesihatan. Semua online. 

Aku tak jeles sahabat yang berijazah, dapat kerja yang sesuai dengan apa yang mereka belajar. Aku bangga. Tapi ini adalah kehidupan aku. Kehidupan yang aku nak pilih macamana. Aku mungkin takde pangkat-pangkat dan tangga gaji macam korang, takde penyata slip gaji pun, takde caruman kwsp, pencen apatah lagi. Aku takde semua tu. Tapi aku bangga. Kadang-kadang hasil kerja secara freelance ni, dengan bantuan online dll lebih daripada hasil mereka yang makan gaji. Tak percaya? Tak mengapa. Rakan yang sesama biz sahaja memahami. Hehe..

Then, aku tak masuk universiti belajar semua teori dll semata-mata keluar daripada universiti nanti, aku jadi kuli. Kerja makan gaji. Kerja dengan orang. Aku tak set minda aku jadi kuli. Aku tak set bila aku keluar universiti aku perlu cari kerja gaji beribu-ribu. Aku tak set nak jadi hamba. Hamba? Perspektif aku. Aku tak suka arahan. Aku tak suka punchcard. Sebab tu aku berusaha. Berusaha cari peluang. Peluang yang buat aku tak rasa aku kuli. Peluang yang buat aku LIKE BOSS. Ikut suka masa nak kerja time mana, cuti bila-bila.

Penutup, bahagia ke ada ijazah? Aku bahagia. Tanpa ijazah pun aku rasa bahagia juga. Apa ada atas kertas? Rasa lebih bahagia sekarang sebab buat apa yang aku suka. Apa yang kita suka jadi hobi. Buat hobi yang kita suka dapat pula income. Percayakan ini. Rezeki Allah yang bagi. Rezeki Allah dah agihkan untuk kita. Tinggal kita sahaja utk bertindak, berusaha, rebut peluang. Dan, aku pilih tak nak kerja dengan mana majikan. Tumpang program ToneExcel dan CMD untuk kerjaya pun dah cukup bersyukur. Andalah boss. Andalah kuli.

Terima kasih kerana membaca. Aku doakan semua rakan aku kaya dan berjaya. Sampai bersua lagi.







Ikhlas,

Aremi Rusli​
Esplora Solution (002210781-K)
0108008172
0164022129

Website : www.teamakukaya.weebly.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...