Sunday, August 7, 2011

Puasa Dulu & Sekarang...

Bersua kembali... Selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke-7. Rasanya tidak lengkap kalau tidak bercerita pasal puasa. So, hari ni aku nak merepek sikit tentang puasa.. Perbandingan dengan dulu dan sekarang.. Ianya dari pengalaman dan pengamatan aku arr...

Dulu zaman kita, budak2 dulu, Liat nak bangun sahur, Ma Abah gerak pun makan dalam mamai2 ja. Kain berpelikat, selimut diri. Makan dalam antara sedar tak sedar, kadang-kadang terlupa niat, tapi puasa buka sampai buka juga. Dulu la kan....

Sekarang, bangun sahur, bangunnnnn. Kadang2 malas nak makan, Kurma 3-5 bijik (angka ganjil) dah cukup ngan air suam. Kan, kan? Bagi yang dah berkeluarga lain. Yang bujang trang tang tang lain la. haha.. Kadang-kadang tak makan terus... Kot2 monteng banyak.. thehehe..

Dulu, zaman bebudak, siapa puasa penuh leh upah duit raya. Tinggal sehari, maknanya kurang la upah untuk sehari.. Kadang-kadang terpikir gak, puasa niat nak duit ka, niat nak pahala. Bebudak la kannn...

Sekarang, upah masih ada. Berganda-ganda lagi.. Untuk budak-budak la... Tapi, sekarang ni, mak bapak tak tegas sangat ngan anak2 kalau tak puasa (lingkungan 7-8 tahun).. Biasa2 jaa.. Aku dulu kena denda kalau tak puasa, jangan main2!

Dulu, kita bebudaklah yang paling rajin nak p tarawih. Siap ada moreh sedap2 pulak tuh. After tarawih, makan colek keropok, buat kat rumah member yang maknya jual menda-menda nih.. Perghhh... sedap beb!

Sekarang, nak p tarawih liat sangat. Tak pernah cukup 30 malam. Ada yang main laptop sampai ke pagi lepas isyak. Kan, kan, kan?

Dulu, duit raya tak banyak. Seposen dua, 5 kupang. Paling kaya kalau dapat RM 1.00. Sepanjang ramadhan, simpan duit beli mercun nak main masa raya. Bunga api, bedil roket, ketupat satu kewajipan..

Sekarang, Fuhh.. kadang2 bebudak sekarang dapat duit merah, hijau. Tak main biru2. Kalau ada pun, selit 3-5 Riyal.. Mewah beb. Mercun plak, maintain ada permintaan. BerKELAS lagi. Masakan tak, banyak masuk berita putus jari, kudung tangan, hilang mata. Dasyat wehhh!

Dulu, baju ramai mesti ada 3-5 pasang. Leh bergaya sakan. Corak kaler-kaler.
Tak dapat, meraung. Sekarang? Baju Melayu sepasang sekali ja... Tahun depan pakai lagi. Elok pom. Simpan tuk kawen pun ok apa lagi... Pompuan? Lagi cerewet la. Maintain 4-5 pasang sepanjang tahun... hehehehehe..

Dulu, zaman kita-kita, sebulan sebelum nak raya dah bajet berapa kad raya nak hantar. Berapa sen setemnya masa tu? 20 sen dah sampai.. Sekarang? Mau satu ringgit maaaa 1 kad! Mahal giler. So, sekarang main pakai sms je ucap raya, pakai HP. FB, Emel, Bla bla bla.. Dulu mana ada menda2 ni? Kad masih ada, tapi permintaan sedikit.. Orang zaman sekarang, semua pantas.. Sibuk xdak masa... Dunia hujung jari la kannnn...

Soooo... Banyak lagi beza zaman posa dulu ngan sekarang. Ni je yang aku leh taip.. Ngantuk da.. Apa yang aku leh kata, "Dulu Lain, Sekarang Lain" Selamat berpuasa buat semua..

Saturday, August 6, 2011

Santai...


Tak nampak punya. So, Klik gambar, dan adjust ZOOM screen laptop anda.. tq :)




"Belajar Dari Orang Bodoh" - Petikan Dari Buku Motivasi Dr.Hm Tuah Iskandar.

**Entry ni sebenarnya dah ada kat NOTES FB aku.. so, aku Update balik kat sini.. Selamat membaca dan mengambil pengajaran...


Aku sampaikan apa yang aku baca. Tertarik dengan buku-buku motivasi santainya dari buku NAK JADI JADI. Memang sesuai untuk tatapan kita sebagai renungan. Hari ini, aku meluangkan sedikit masa menaip berkenaan apa yang saya baca sekejap tadi. Renung-renungkan.. :)


"Kita ni sebenarnya lebih baik belajar dari orang bodoh daripada orang pandai. Eh, kenapa pulak? Orang tak berapa pandai ni, dia ada macam-macam taktik dan teknik, berbanding dengan orang pandai. Orang pandai selalunya tak berapa tahu nak mengajar.


Dah dia pandai semula jadi, lahir-lahir terus pandai gitu, apa taktik yang dia ada untuk mengajar kita. Sebab itu ramai orang pandai tak mampu memandaikan orang lain, sebaliknya orang yang tak berapa pandai atau bodoh sebenarnya lebih berkebolehan untuk memandaikan kita yang tak seberapa pandai ni. Pasal tu, nak belajar sesuatu bukan dengan orang yang sedia pandai tapi carilah orang bodoh yang dah jadi pandai.


Orang yang sekolah sejak tadika, asyik dapat no 1 memanjang, sampai dapat PHD di U yang di iktiraf terbaiklah di dunia dengan dapat bermacam2 adward lagi, orang ni tak akan memandaikan orang lain. Dia pandai untuk diri dia je. Mana taknya, dia tak menempuh kepayahan dalam belajar, terus menceracak gitu, mana dia nak ada taktik nak mengajar orang supaya pandai. Dia cakap pun orang tak faham maklumlah orang pandai bercakap, dia jelah yang faham sebab nilai pencapaian akal kita tak setinggi dia.


Tapi, orang yang tak berapa pandai ni tadi, disebabkan dia tak berapa pandai itulah dia ada macam-macam taktik untuk memandaikan diri dan bila kita belajar dengan orang ini, kita akan jumpa macam-macam taktik dan teknik yang pernah dia gunakan untuk jadi pandai. Semua yang dia ajar tu berpaksikan pengalaman yang pernah ditempuhnya. Memang mudah kita belajar dengan dia sebab dia faham kita tak begitu pandai macam dia jugak dulu. Jadi, dia mengajar ikut batas keupayaan akal kita.


Jadi, sebetul-betulnya yang boleh memandaikan kita ialah orang yang tak berapa pandai. Kawan saya dulu tak reti membaca sampai darjah enam, sekarang jadi cikgu; kawan saya jugak dulu yang sentiasa dapat nombor antara satu dan tiga sekarang tak berapa menjadi manusia.


Jadi, hargailah orang yang tak berapa cerdik sebab satu hari nanti kita boleh macam-macam perkara dari dia, berbanding dengan orang yang terlalu cerdik biasanya dia hanya boleh ajar kita satu perkara saja.


Tapi, silapnya kita ni, bila orang cerdik kita ayat dia bukan main. Hormat tertunduk-tunduk, dihargai sangat orang itu, sedangkan orang yang tak berapa cerdik dipinggir-pinggirkan, dihina-hina dan diabaikan. Hei, dunia ni sebenarnya lebih ramai dihuni oleh orang yang tak berapa pandai tapi tengoklah pencapaian hari ini, amacam?"


Kesimpulan dari aku, jangan anggap seseorang yang anda merasakan "Bodohnya dia" itu tidak mempunyai kelebihan. Masing-masing khalifah di muka bumi ini ada kekuatannya tersendiri. So, jangan pandang rendah terhadap mereka yang anda anggap bodoh. Ketahuilah, satu hari nanti, dia berada di puncak lebih daripada yang anda berada sekarang? tak percaya? Percayalah! Cuma imbas balik memori anda apakah anda pernah menganggap seseorang yang anda kenal dulu "bodoh" satu ketika dahulu, kini anda kagum dengan pencapainya dia sekarang. Tak sangka, bukan? Percayalah.... "Mereka" lebih bijak & cerdik daripada kita sekarang. Jangan
pandang rendah....

Sekian, terima kasih.
Aremi Rusli.

Friday, August 5, 2011

Kadang-kadang kita terlupa!

Assalamualaikum. Bersua kembali.. Alhamdulillah.. Semoga sihat sentiasa hari ini yerr... Tiba-tiba aku mahu berpuitis hari ini... Hayatilah...

Kadang-kadang kita terlupa...
Betapa bertuahnya kita mempunyai keluarga..
Susah senang, keluargalah yang paling sibuk mengambil berat...
Apakah kau lupa, sahabat?..
Merekalah teman kita yang sejati berbanding kawan-kawan kita...

Kadang-kadang kita terlupa...
Betapa bertuahnya mempunyai teman sejati..
Merekalah tempat mengadu no. 2 yang boleh di percayai selepas keluarga..
Hanya yang mempunyai / menghargai persahabatan akan mengiyakannya..
Apakah kau lupa, sahabat?
Berapa kerapkah anda bersama mereka ketika mereka memerlukan kita?

Kadang-kadang kita terlupa...
Rezeki Allah yang bagi.
Sedikitkah, banyakkah.. Dia yang tentukan..
Apakah kau lupa sahabat?
Bukan syukur yang kau ucapkan..
Namun, sentiasa merungut "Kenapalah nasib aku sebegini, sebegitu.."
Lupakah anda?

Kadang-kadang kita terlupa..
Di dunia ini kita sibuk mengejar harta duniawi..
Apakah kau lupa sahabat?
Amalan untuk bawa ke Dunia satu lagi bagaimana?
Lupakah anda?

Kadang-kadang kita terlupa.......

Erkkk... aku terlupa, dah jam 4.30 ptg. Balik timeeee... hahahahaha..

Assalamualaikum!

Jumaat. Yeah!!

Jumaat adalah hari yang paling Mulia dan yang paling di nanti-nantikan. Y? Sebab esok cuti! hehehehe..

Thursday, August 4, 2011

Kesinambungan blog dari tahun lepas..... :)

Assalamualaikum semua. Selamat bersua kembali..

Fuh! Lama menyepi. Last Update 14 Ogos 2010! 11 bulan, dot dot dot hari... Nak cukup setahun tu.. Lama lama.... Apakah hanya setahun sekali aku update Blog? hehe.. Bergantung pada kelapangan aku..

Hari ini, hari ke-4 kita berpuasa. Alhamdulillah. Syukur sebab masih diberikan peluang merasai ramadhan kali ini. Rasanya tahun lepas blog kat bawah tu pun di update masa bulan puasa. Lupaa... Umur bukan muda lagi ni. Biasalah...

Haaa... hari ini, aku akan sambung kembali kisah yang tergantung tu. Nak baca ke tak, terpulang la. Janji tetap janji, kena habiskan. hahahaha..

Ok... Sekarang, family aku dah pindah Kota Bharu. Ayah aku dah bersara. Kalau dalam blog sebelumnya, aku bercerita tentang family aku kat Gua Musang kan? Sekarang dah berubah. Dah kat kg halaman. Bersara bulan 12 tahun lepas. Rumah masih dalam pembinaan. Buat sementara, family aku duk kat rumah sewa, kat Salor. Kalau nak mai datang rumah raya ni, jemput ke Kg. Jerulong. Depan SMK. Salor ja... Ore duk kelate sure tau sangat2 salor ni mano. Tepat Akok sedappppppppppppp... perghhh.... terbayang akok dah. Sabo2.. Posooo.... Ya, adik beradik aku 5 orang, 2 dah kahwin. Adik perempuan. Aku je belum. nak buak lagumano. Belum adow rezeki...

Ya, berkenaan kerjaya. Dulu aku kerja ngan TESCO KB. After konvokesyen bulan Dec 2009. 3 bulan menganggur baru masuk TESCO. Sementara tu, aku kerja sementara kat Persatuan Orang Pekak Kelantan. 3 bulan je.. Boleh la pengalaman sikit belajar bahasa Isyarat orang Pekak. Sungguh sebelum ni, aku tak tahu pun ada Bahasa Isyarat ni. Kalau korang minat belajar, leh la konteks aku sebab aku sekarang ni kerja kat Persekutuan Orang Pekak Malaysia baru 7 bulan. Masuk bulan 12 tahun lepas iaitu selepas aku berhenti kerja dengan TESCO KB (2 tahun 9 bulan je jodoh aku dengan Tesco).... Kerja sebagai apa kat TESCO? Yang tu, korang leh survey blog2 yang ke bawah. Sure ada cerita.. Masa last aku update Blog kat bawah tu, aku masih kakitangan TESCO yang rajin, amanah. hehehehe...

Kerjaya aku baru nak menaik. Dalam banyak-banyak graduan menganggur sekarang ni, aku masih ada kerja. Alhamdulillah. Sambil-sambil, aku cari kerja yang lebih menjaminkan. Apa tugas aku kat Persekutuan Orang Pekak Malaysia ni (Malaysian Federation of the Deaf / MFD)? Di MFD, aku bertindak sebagai penyelaras Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Kira-kira handle sesiapa yang berminat nak amik kelas/kursus BIM ni, leh jumpa aku la. Promote2... hehe...

Bab-bab lain? Detail aku sekarang ni, aku duk Puchong. MFD ni ada apartment untuk staffnya. Kami menyewa kat sini. Kalau nak tau mana lokasi MFD, leh survey : www.mfd.org.my k? Seronok kerja sini. Apa yang best? Banyak kenal orang, Banyak jumpa orang. If MFD ada permintaan untuk kursus BIM, aku la org yang paling sibuk (ya ka??).. Setakat ni, banyak dah agensi-agensi kerajaan / swasta yang berkursus seperti : KWSP, JKM, KEMENTERIAN BELIA & SUKAN, Orang persendirian, Hospital kerajaan dll. Korang minat? Leh cari kami....


Erkkkk... nak menaip apa lagi ntah. Kalau boleh aku nak jadikan Blog ni aku menarik sikit, tapi masa tak mengizinkan sangat. Sempat2 pun leh update macam yang ni. Ada cuti panjang, line internet ok, semua leh jadi tu. Kalau hari biasa (bukan bulan ramadhan), jangan harap la aku leh update ni...

Akhir kata untuk kali ini, selamat berpuasa dan semoga bersua kembali..

Assalamualaikum.

P/s : Next blog, aku akan berceloteh pasal ragam manusia pulak, termasuk aku.. hahahaha..

Saturday, August 14, 2010

Bersua Kembali ~~~ :-)

Assalamualaikum...
Semoga sihat sentiasa semua...

Emm.. jarang-jarang aku nak update blog. Komitmen banyak, bukan selalu aku leh buat. Sehinggakan begitu pantas ku rasakan masa berlalu. Tup tap tup tap.. dah dalam bulan Ramadhan. Bulan OGOS. Tak lama lagi dah nak raya. Cepat masa berlalu, kan? Sampai terkadang2 kita terlupa, masih banyak azam kita yang belum tercapai. Berjayakah kita? Anda bagaimana? Aku masih macam dulu. Tak banyak yang berubah. Cuma dari segi kematangan tu, of coz.. Umur makin meningkat. hahaha....

Apa topik yang aku nak bawa kali ini eh? Kehidupanku? Kerjaya? Masa depan? Cita-cita? eh eh... tu dah termasuk dalam Kehidupanku.. huhu... Kalau nak tahu, jom selami! Aku nak mula dari tahun 2003. Saat aku DEWASA. hehe.. Maklumlah pada tahun tersebut, macam2 yang berlaku sehingga aku boleh jadi macam sekarang ni. Kalau tak, maybe aku tak kenal IT, tak kenal Universiti, Tak kenal erti BERDIKARI. Malah, mungkin aku tak kenal diri aku juga!! Kemungkinan aku bukan yang sekarang ini. Barangkali macam orang kebanyakkan. Orang-orang "kekampungan". Dan aku tak bisa berjumpa anda juga! Seriusss..!! Syukur alhamdulillah. Sekarang aku jadi apa yang aku nak jadi sekarang. ~~ :-)

2003 ~ Sekarang...
Aku tamat tingkatan 6. Sekolah Menengah Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Pertengahan tahun dapat panggilan masuk USM. Walhal sebelum ni, aku tak termimpi-mimpi pun nak jadi budak U. Result aku ala kadar je masa tu, 4 prinsipal. Sekarang dah guna pointer2 kan? Zaman kami lain. Yang lahir tahun 1983 memang banyak bertuah. SPM, kumpulan kami perintis pertama yang menggunakan Sijil Terbuka. Rindu plak zaman2 persekolahan. Aku bukanlah tergolong dalam pelajar yang pandai. Cukup makan orang kata. Malah, family aku pun tak berharap sangat aku belajar tinggi-tinggi. But, kalau dah tercoret begitu, sesiapa pun xleh halang pemberiNya, kan? Alhamdulillah...

Dengan result yang tak seberapa tu, aku masuk USM. Dalam pertengahan tahun, Sesi Sidang Akademik 2003/2004. Di situlah bermulanya segala-galanya. Kena-kena pulak abah aku kena bertukar tempat kerja ke GUA MUSANG. Asal aku membesar ialah di Kemahang, Tanah Merah. Dalam Gugusan FELDA. Aku bukanlah dari generasi peneroka. Bapa aku hanya pekerja biasa di Kilang Sawit milik FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD. Dalam tanah rancangan FELDA kan ada kilang2 sawit. So, jangan salah faham ngan status aku anak peneroka. Mereka amat bertuah. Tengoklah sekarang, beruntung! But, aku tetap bersyukur. So, bila family semua dah berpindah sana, mean aku takde tempat dah kat Kemahang tu. Kawan2 semua kat situ. Kat Gua Musang tu, sape aku kenal? xde.. xde.. Aku membesar di Kemahang tu je.. dari 1983 ~ parent berpindah.

Aku lalui zaman U macam budak2 lain gak. Xde spesel.. Kalau cuti-cuti, aku jarang balik rumah family yang duk GM nun. Aku duk kat kampung ayah aku. Duk ngan Tok & Nek. Sehinggalah sekarang! Aku bukan cucu manja,k! Bermula 2003 sampai sekarang, aku makin rapat ngan tok nek ni je. hehe.. Family kadang2 je pulang. Sape tak rindu keluarga kan? Cuti panjang je aku leh p GM. 3 jam perjalanan naik motor tau! Sekarang, ayah aku dah nak pencen. InsyaAllah, tahun depan dah pindah sini balik. Duk kat kampung ni. Ringan sikit beban diorang cz ada aku jaga. hehe..

Mengapa aku kata 2003 aku DEWASA? Sebab aku yang tentukan hidup. Berdikari. Mak Pak xleh nak jaga kita dah. Jauh. Apa kita buat pun mana diorg tahu, kan? Tu la, kadang2 remaja kita ni, bila besar tak ingat mak bapak ada lagi. Bebas je. Buat apa saja. Aku juga! haha.. tapi xdelah sampai aku terlupa kat diorang. Ish ish ish.. So, 2003 semua apa kita nak jadi, apa kita nak bentuk HANYA KITA yang tentukan! Kalau yang mudah jenis terpengaruh, rasanya dah lama jadi lain dah. Agak-agak ler... ~~~ :-P

..............................akan ku sambung...................................... =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...