Fuh! Lama menyepi. Last Update 14 Ogos 2010! 11 bulan, dot dot dot hari... Nak cukup setahun tu.. Lama lama.... Apakah hanya setahun sekali aku update Blog? hehe.. Bergantung pada kelapangan aku..
Hari ini, hari ke-4 kita berpuasa. Alhamdulillah. Syukur sebab masih diberikan peluang merasai ramadhan kali ini. Rasanya tahun lepas blog kat bawah tu pun di update masa bulan puasa. Lupaa... Umur bukan muda lagi ni. Biasalah...
Haaa... hari ini, aku akan sambung kembali kisah yang tergantung tu. Nak baca ke tak, terpulang la. Janji tetap janji, kena habiskan. hahahaha..
Ok... Sekarang, family aku dah pindah Kota Bharu. Ayah aku dah bersara. Kalau dalam blog sebelumnya, aku bercerita tentang family aku kat Gua Musang kan? Sekarang dah berubah. Dah kat kg halaman. Bersara bulan 12 tahun lepas. Rumah masih dalam pembinaan. Buat sementara, family aku duk kat rumah sewa, kat Salor. Kalau nak mai datang rumah raya ni, jemput ke Kg. Jerulong. Depan SMK. Salor ja... Ore duk kelate sure tau sangat2 salor ni mano. Tepat Akok sedappppppppppppp... perghhh.... terbayang akok dah. Sabo2.. Posooo.... Ya, adik beradik aku 5 orang, 2 dah kahwin. Adik perempuan. Aku je belum. nak buak lagumano. Belum adow rezeki...
Ya, berkenaan kerjaya. Dulu aku kerja ngan TESCO KB. After konvokesyen bulan Dec 2009. 3 bulan menganggur baru masuk TESCO. Sementara tu, aku kerja sementara kat Persatuan Orang Pekak Kelantan. 3 bulan je.. Boleh la pengalaman sikit belajar bahasa Isyarat orang Pekak. Sungguh sebelum ni, aku tak tahu pun ada Bahasa Isyarat ni. Kalau korang minat belajar, leh la konteks aku sebab aku sekarang ni kerja kat Persekutuan Orang Pekak Malaysia baru 7 bulan. Masuk bulan 12 tahun lepas iaitu selepas aku berhenti kerja dengan TESCO KB (2 tahun 9 bulan je jodoh aku dengan Tesco).... Kerja sebagai apa kat TESCO? Yang tu, korang leh survey blog2 yang ke bawah. Sure ada cerita.. Masa last aku update Blog kat bawah tu, aku masih kakitangan TESCO yang rajin, amanah. hehehehe...
Kerjaya aku baru nak menaik. Dalam banyak-banyak graduan menganggur sekarang ni, aku masih ada kerja. Alhamdulillah. Sambil-sambil, aku cari kerja yang lebih menjaminkan. Apa tugas aku kat Persekutuan Orang Pekak Malaysia ni (Malaysian Federation of the Deaf / MFD)? Di MFD, aku bertindak sebagai penyelaras Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Kira-kira handle sesiapa yang berminat nak amik kelas/kursus BIM ni, leh jumpa aku la. Promote2... hehe...
Bab-bab lain? Detail aku sekarang ni, aku duk Puchong. MFD ni ada apartment untuk staffnya. Kami menyewa kat sini. Kalau nak tau mana lokasi MFD, leh survey : www.mfd.org.my k? Seronok kerja sini. Apa yang best? Banyak kenal orang, Banyak jumpa orang. If MFD ada permintaan untuk kursus BIM, aku la org yang paling sibuk (ya ka??).. Setakat ni, banyak dah agensi-agensi kerajaan / swasta yang berkursus seperti : KWSP, JKM, KEMENTERIAN BELIA & SUKAN, Orang persendirian, Hospital kerajaan dll. Korang minat? Leh cari kami....
Erkkkk... nak menaip apa lagi ntah. Kalau boleh aku nak jadikan Blog ni aku menarik sikit, tapi masa tak mengizinkan sangat. Sempat2 pun leh update macam yang ni. Ada cuti panjang, line internet ok, semua leh jadi tu. Kalau hari biasa (bukan bulan ramadhan), jangan harap la aku leh update ni...
Akhir kata untuk kali ini, selamat berpuasa dan semoga bersua kembali..
Assalamualaikum.
P/s : Next blog, aku akan berceloteh pasal ragam manusia pulak, termasuk aku.. hahahaha..
ok...armi kene follow blog KP sekali...heroes of the heart..pi follow...huuuuu
ReplyDeleteok :)
ReplyDeletemekasih...heheh...rajin...follow my blog sekali...heheh
ReplyDeletei followww.... hehe.. follow my blog gak. Sign buku kedatangan yer :P
ReplyDelete