Saturday, August 6, 2011

"Belajar Dari Orang Bodoh" - Petikan Dari Buku Motivasi Dr.Hm Tuah Iskandar.

**Entry ni sebenarnya dah ada kat NOTES FB aku.. so, aku Update balik kat sini.. Selamat membaca dan mengambil pengajaran...


Aku sampaikan apa yang aku baca. Tertarik dengan buku-buku motivasi santainya dari buku NAK JADI JADI. Memang sesuai untuk tatapan kita sebagai renungan. Hari ini, aku meluangkan sedikit masa menaip berkenaan apa yang saya baca sekejap tadi. Renung-renungkan.. :)


"Kita ni sebenarnya lebih baik belajar dari orang bodoh daripada orang pandai. Eh, kenapa pulak? Orang tak berapa pandai ni, dia ada macam-macam taktik dan teknik, berbanding dengan orang pandai. Orang pandai selalunya tak berapa tahu nak mengajar.


Dah dia pandai semula jadi, lahir-lahir terus pandai gitu, apa taktik yang dia ada untuk mengajar kita. Sebab itu ramai orang pandai tak mampu memandaikan orang lain, sebaliknya orang yang tak berapa pandai atau bodoh sebenarnya lebih berkebolehan untuk memandaikan kita yang tak seberapa pandai ni. Pasal tu, nak belajar sesuatu bukan dengan orang yang sedia pandai tapi carilah orang bodoh yang dah jadi pandai.


Orang yang sekolah sejak tadika, asyik dapat no 1 memanjang, sampai dapat PHD di U yang di iktiraf terbaiklah di dunia dengan dapat bermacam2 adward lagi, orang ni tak akan memandaikan orang lain. Dia pandai untuk diri dia je. Mana taknya, dia tak menempuh kepayahan dalam belajar, terus menceracak gitu, mana dia nak ada taktik nak mengajar orang supaya pandai. Dia cakap pun orang tak faham maklumlah orang pandai bercakap, dia jelah yang faham sebab nilai pencapaian akal kita tak setinggi dia.


Tapi, orang yang tak berapa pandai ni tadi, disebabkan dia tak berapa pandai itulah dia ada macam-macam taktik untuk memandaikan diri dan bila kita belajar dengan orang ini, kita akan jumpa macam-macam taktik dan teknik yang pernah dia gunakan untuk jadi pandai. Semua yang dia ajar tu berpaksikan pengalaman yang pernah ditempuhnya. Memang mudah kita belajar dengan dia sebab dia faham kita tak begitu pandai macam dia jugak dulu. Jadi, dia mengajar ikut batas keupayaan akal kita.


Jadi, sebetul-betulnya yang boleh memandaikan kita ialah orang yang tak berapa pandai. Kawan saya dulu tak reti membaca sampai darjah enam, sekarang jadi cikgu; kawan saya jugak dulu yang sentiasa dapat nombor antara satu dan tiga sekarang tak berapa menjadi manusia.


Jadi, hargailah orang yang tak berapa cerdik sebab satu hari nanti kita boleh macam-macam perkara dari dia, berbanding dengan orang yang terlalu cerdik biasanya dia hanya boleh ajar kita satu perkara saja.


Tapi, silapnya kita ni, bila orang cerdik kita ayat dia bukan main. Hormat tertunduk-tunduk, dihargai sangat orang itu, sedangkan orang yang tak berapa cerdik dipinggir-pinggirkan, dihina-hina dan diabaikan. Hei, dunia ni sebenarnya lebih ramai dihuni oleh orang yang tak berapa pandai tapi tengoklah pencapaian hari ini, amacam?"


Kesimpulan dari aku, jangan anggap seseorang yang anda merasakan "Bodohnya dia" itu tidak mempunyai kelebihan. Masing-masing khalifah di muka bumi ini ada kekuatannya tersendiri. So, jangan pandang rendah terhadap mereka yang anda anggap bodoh. Ketahuilah, satu hari nanti, dia berada di puncak lebih daripada yang anda berada sekarang? tak percaya? Percayalah! Cuma imbas balik memori anda apakah anda pernah menganggap seseorang yang anda kenal dulu "bodoh" satu ketika dahulu, kini anda kagum dengan pencapainya dia sekarang. Tak sangka, bukan? Percayalah.... "Mereka" lebih bijak & cerdik daripada kita sekarang. Jangan
pandang rendah....

Sekian, terima kasih.
Aremi Rusli.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...