Friday, August 5, 2011

Kadang-kadang kita terlupa!

Assalamualaikum. Bersua kembali.. Alhamdulillah.. Semoga sihat sentiasa hari ini yerr... Tiba-tiba aku mahu berpuitis hari ini... Hayatilah...

Kadang-kadang kita terlupa...
Betapa bertuahnya kita mempunyai keluarga..
Susah senang, keluargalah yang paling sibuk mengambil berat...
Apakah kau lupa, sahabat?..
Merekalah teman kita yang sejati berbanding kawan-kawan kita...

Kadang-kadang kita terlupa...
Betapa bertuahnya mempunyai teman sejati..
Merekalah tempat mengadu no. 2 yang boleh di percayai selepas keluarga..
Hanya yang mempunyai / menghargai persahabatan akan mengiyakannya..
Apakah kau lupa, sahabat?
Berapa kerapkah anda bersama mereka ketika mereka memerlukan kita?

Kadang-kadang kita terlupa...
Rezeki Allah yang bagi.
Sedikitkah, banyakkah.. Dia yang tentukan..
Apakah kau lupa sahabat?
Bukan syukur yang kau ucapkan..
Namun, sentiasa merungut "Kenapalah nasib aku sebegini, sebegitu.."
Lupakah anda?

Kadang-kadang kita terlupa..
Di dunia ini kita sibuk mengejar harta duniawi..
Apakah kau lupa sahabat?
Amalan untuk bawa ke Dunia satu lagi bagaimana?
Lupakah anda?

Kadang-kadang kita terlupa.......

Erkkk... aku terlupa, dah jam 4.30 ptg. Balik timeeee... hahahahaha..

Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...