Wednesday, January 9, 2013

Tutorial : Mobile Banking (Maybank)

Assalamualaikum. Lama tak buat tutorial. 
Kali ini kita belajar bagaimana nak buat Mobile Banking yer.

Apa itu Mobile Banking? Mobile Banking ialah perkhidmatan perbankan dihujung jari melalui handphone (tak kiralah anda mempunyai handphone 3310 ke, hp tak pintar pun boleh!) yang menggunakan menu ringkas seperti menu *100#,*124#, *122#, *118# (Sekadar letakkan menu talian prepaid kat Malaysia) dll. Mereka yang menggunakan postpaid pun boleh dengan syarat no handphone anda itu memang sudah berdaftar dengan bank terlibat (seperti untuk minta TAC apabila membuat transaksi). Pendek kata, no anda memang sudah lama digunakan untuk tujuan perbankan Online. Kalau masih belum mendaftar, boleh pergi ke Maybank terdekat :)

Format yang digunakan untuk Mobile Banking ialah *500*888#, untuk semua pengguna talian samada Celcom, Maxis, Digi. Yang lain belum tersedia (kot? Sebab saya tengok hanya 3 telco ni jer tersenarai kat menu nak buat menda ni). Ianya mudah dan ringkas. Cuma ikut beberapa arahan kat menu itu, anda boleh membuat pelbagai transaksi seperti check baki akaunbeli top up, pemindahan wang kepada akaun ketiga, pembayaran bil. Just tekan-hantar-tekan-hantar-tekan-hantar. Senang, bukan?

Ok, bagaimana nak mendaftar? Pertama kali, anda perlu taip *500*888# kat handphone anda untuk aktifkan Mobile Banking anda. (Pastikan anda menggunakan No. HP yang sama anda selalu buat transaksi online banking). 

Kemudian, anda login ke akaun Maybank2u. (Ini tutorial untuk akaun Maybank2u, akaun lain saya tak pasti menunya kat mana, tapi InsyaAllah, ada. Mungkin dari sini anda boleh faham dan boleh cuba kat mana-mana bank online yang lain, ok?). Lepas login akaun tu, anda klik seperti dalam gambarajah di bawah..

Selepas itu, anda perlu Klik MyMobile Banking Services. Abaikan menu sebelah tu kalau anda telah mendaftarkan nombor untuk urusan bank online.

Menu seperti di atas akan terpapar. Isi maklumat yang diperlukan yer. Menu di atas selepas akaun saya telah aktif. Yang pertama kali buat, menunya hanya suruh isi apa-apa maklumat yang berkaitan.

Setelah selesai, anda akan menerima mesej ke handphone anda yang mengatakan akaun anda telah aktif. Apa lagi? Anda sudah boleh test kat handphone anda :) Taip menu *500*888# yer dan ikut arahan kat menu itu berdasarkan transaksi anda! Tiada caj tersembunyi. Menu yang kita guna ni macam menu transaksi kita dengan syarikat telekomunikasi untuk tengok baki kredit dll. :)

Kelebihan Mobile Banking ini pada pendapat saya ialah :-
  1. Tidak perlu buang masa beratur kat mesin ATM pindahkan wang, bayar bil dll.
  2. Mudah, cepat dan ringkas!
  3. Tidak perlu buka internet untuk melakukan sesuatu transaksi seperti beli top up. Just tekan-tekan kat handphone jer. (waktu kecemasan boleh terus segera beli top up)
  4. Dan sebagainya!
Sekian sahaja tutorial untuk kali ini. Harap entri kali ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, atau tidak faham, boleh tanya saya yer. Tinggal komen kat post ni, atau cari saya kat FB. Kat tepi tu ada menu link ke FB hamba..

Sampai bersua lagi. :)

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

1 comment:

  1. Adakah maklumat ini membantu anda? Tinggalkan pesanan anda di sini sekiranya ada pertanyaan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...