Sunday, January 6, 2013

Terkini : REBAT RM 200 kini boleh beli sebarang model HP, pada semua paras harga!

Assalamualaikum. Bersua kembali! Sihat? Alhamdulillah!

Kerajaan beberapa hari lalu telah bersetuju MENGECUALIKAN had harga untuk pembelian telefon pintar. Ini bermakna anda boleh beli sebarang model HP!


Namun, satu yang PERLU anda ambil perhatian ialah walaupun anda mempunyai Rebat RM 200.00, bukanlah bermakna anda boleh angkat telefon semudah tu jer. Syarikat telekomunikasi pun ada syaratnya! Sebelum masuk ke syarat-syarat syarikat telekomunikasi punya, syarat untuk dapat Rebat yang diberikan oleh kerajaan ialah :-
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia.
Syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah : Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile, dan YTL Communications.

Ok, apa syarat yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat? Mereka akan memberikan anda KONTRAK di mana setiap bulan anda akan membayar bil-bil pakej yang anda langgani. Ini bermakna, anda tidak boleh beli HP tu macam tu jer. Ianya ada pakej dengan langganan no sekali. Bla bla bla.. Faham, kan? So, terpulang pada anda nak angkat ke tak nak :)

Ya, Rebat yang telah di pohon hanya sah sehingga 1 bulan sahaja. Sehingga rebat tu telah melebihi satu bulan, rebat itu automatik akan terbatal. Namun, anda jangan risau, permohonan rebat baru boleh dilakukan sekali lagi. Selagi nama anda tidak terdapat dalam pangkalan data senarai pembeli yang menggunakan rebat RM 200, anda masih green. :)

Mahu memohon? Klik gambar di bawah untuk terus ke borang permohonan.



Untuk keterangan atau pertanyaan berkaitan boleh hubungi mereka yang bertanggungjawab melalui email komunikasibelia@cmc.gov.my atau di talian 1-800-88-4040 Isnin - Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (kecuali cuti umum)  atau lhubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah (kedai wakil penjual yang sah mempunyai logo macam kat bawah)



Sekian, sampai bersua lagi :)

P/S : Duniaku [at] Blogspot tidak bertanggungjawab sekiranya anda menghadapi masalah seperti kehilangan maklumat, hang, dan sebagainya semasa melayari link website daripada blog ini. Harap maklum.

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...