Sunday, January 6, 2013

BAB 3 : Yang Patut Buat... Yang Tidak Patut Buat..


...sambungan daripada entry BAB 1 & BAB 2

Tumpang Kereta
Yang Patut Buat : Cuba-cuba hulur juga duit minyak ke, tol ker. Sharing is Caring (Walaupun pemandu tak minta pun)
Yang Tidak Patut Buat : Naik FREE. Tumpang pergi balik pergi balik, pemilik kereta dah jadi macam pemandu. GAJI takde :) Sian..

Kerja Rumah
Yang Patut Buat : Suami sama-sama membantu, ringankan beban isteri.
Yang Tidak Patut Buat : Biarkan isteri buat semua kerja rumah. Paling teruk, ada isteri yang biarkan suami jadi "surirumah"! Kenyataan..

Belanja
Yang Patut Buat : Terima kasih kerana belanja :)
Yang Tidak Patut Buat : Nak pilih sedap-sedap, mahal-mahal. Erkkk.. Sian member anda..

Shopping
Yang Patut Buat : Belanja ikut keperluan
Yang Tidak Patut Buat : Belanja ikut keMAHUan. Parah2..

Keluarga
Yang Patut Buat : Kerap-kerap ler call mak bapak tanya khabar..
Yang Tidak Patut Buat : Dalam kerap-kerap call tu, "mak, pinjam duit".. Hmmmm..

Kaki pancing
Yang Patut Buat : Ingat balik rumah, keluarga anak-anak sentiasa menunggu..
Yang Tidak Patut Buat : Berhari-hari kat lubuk, sampai bini dan anak-anak kat rumah dah tak ingat.. 

Jiran
Yang Patut Buat : Sentiasa bertegur sapa, tukar-tukar juadah, tanya khabar dll..
Yang Tidak Patut Buat : Berjiran macam takde jiran.. Faham-fahamlah yer..

Kemalangan
Yang Patut Buat : Bergerak macam biasa, lancarkan trafik.
Yang Tidak Patut Buat : Slow giler nak tengok masa kemalangan, trafik sesak. Tak sedar ke, orang kat belakang nun ada hal penting nak kena uruskan? Ni budaya orang kita?

.....Akan di sambungkan lagi. hehehe.. Tq singgah! :D

Klik LIKE if anda menyukainya &  SHARE :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...