Thursday, January 10, 2013

Apabila aku menaiki kereta ke pejabat...

Bersua lagi! Assalamualaikum semua. 
Kali ni nak bercerita plak. Entri tajuknya macam di atas, Hehe..

Sekarang, cuaca kadang-kadang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Hari ini naik motor, esoknya naik kereta. Bergantung pada keadaan cuaca, dan MOOD juga! Berulang-alik ke tempat kerja kemestian setiap orang. Tidak boleh TIDAK walhal anda pejalan kaki sekalipun. Everyday, kecuali Offday/AL :)

Rumah sewa saya, letaknya di Kinrara. Bandar Kinrara 6. Jalan Kinrara 6F. Dekat-dekat dengan Puncak Jalil. Dekat-dekat tu je. Ofis saya pulak terletak kat Puchong Jaya, Menara KLH. Lebih kurang 6KM (atau lebih? Lupa dah!). Rutin seharian, kalau pergi kerja kebiasaanya, dulu-dulu naik motor. Berhujan, berpanas naik motor pakai redah jer. Laju pun laju. Cepat pulak sampai opis. Jam 8.45 pagi keluar rumah, sampai tepat jam 9.00 pagi. Opis mula kerjanya jam 9. Namun, sejak dah ada kereta ni, kekerapan naik kereta lebih kurang 3/5 atau 4/5. 3/5 tu, 3 hari per 5 hari. selebihnya naik motor. Ikut MOOD juga ar.

Hari ni dan semalam naik motor. Pasal pa? Sebab selalu lambat nak bersiap p kerja. Siap-siap jam 8.30 pagi. Kalau jam 8.30 pagi naik keta ke tempat kerja, alamat jam 9 lebih2 ler sampai. Kerap kali JEM kat area saya ni. Projek buat landasan LRT aliran Ampang. Sebab tu pagi-pagi dah JEM kat situ. Cerita seterusnya, lihat gambar kat bawah yer ....

 Selepas masuk persimpangan kiri dekat Area Giant tu, mula dari sini ler JEMnya.. Terpacak teguh rangka besi. Pembinaan sedang dijalankan..

 Tahu, kan di mana tempat ni? Dari Bukit Jalil menuju ke Lebuhraya Damansara-Perdana (LDP). Belakang-belakang nun, maybe sudah mula bersesak-sesaknya. Hamba dari rumah, terus masuk selekoh kiri dari Giant tu dah boleh nampak kereta dari jambatan atas, kereta dah mula berbaris.

Sepanjang jalan dekat-dekat dengan office, tiang landasan LRT ni terpacak teguh. Bila nak siap yer? Mungkin hujung tahun ni kot? Selagi belum siap, selagi tu ler mereka yang lalui jalan ini terpaksa menempuhi JEM awal pagi. Waktu terbaik keluar (saya je) ialah jam 8.00 am, sampai opis sebelum jam 9.00 pagi. Sekarang ni, kalau bersiap awal, naik kereta, kalau lambat dekat-dekat 8.30 gitu, naik motor.

 Kelihatan barisan kereta bersabar menunggu giliran nak keluar dari kesesakan ini. Samaada menuju ke LDP atau ke Putrajaya (belok kiri ke IOI).

 Dah sampai atas ni, kesesakan semakin berkurangan. Masing-masing membawa haluan sendiri. Yang menyebabkan sesak kat belakang-belakang jalan sebelum kat sini ialah kereta dari pelbagai lorong jalan tepi-tepi tu masuk ke lebuhraya yang hanya 2 lorong. Tu salah satu penyumbang JEM tu..

 Legaaaaaa sikit...

 Lega sekejap jer. Sampai sini JEM pula kat TOL. Berbaris semua.. Namun saya takde stress sangat sebabnya....


Opis saya kat depan tu je. Bukan lepas TOL. Tu bangunan Pink tu. Menara KLH, KOLEJ PUTRA perkataan atas bangunan tu. Alhamdulillah, selamat sampai.

Al-kisah, begitulah hari-hari saya kena hadapi kalau naik kereta ke tempat kerja. Kalau naik motor? Preeeeeeengggggggggggggg.. Selit-selit 10 minit je dah sampai. Hehehehe.. 

Kesimpulannya, sesiapa yang lalui jalan ni, keluar awal InsyaAllah tak berapa nak JEM. Tip : apabila anda dari Bukit Jalil ke LDP ni, kekalkan kat lorong kanan sekali. Sebab lorong kiri tu, kereta kita akan berebut line dengan kereta yang muncul dari jalan-jalan biasa kat tepi-tepi simpang. Kena bagi laluan, so ini akan melambatkan pengerakkan kereta anda. Saya, selepas kuar simpang tu, terus signal masuk ke lorong kanan. Cepat sikit :)

Sekian, sampai bersua lagi. 

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

6 comments:

  1. Lah kat Kinrara 6 ker tak lah jauh sgt aku kat bukit jalil tapi nasib kat keje belah sana memang jem org buat MRT tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko duk belah mana? Ari2 asyik jem. Pulang pun jem jugak.. Naik motor la alamatnya lagi cepat. Esok plan naik motor lagi.. Kalau ujan, lagilah JEM..

      Delete
  2. salam..pening kan gan jem sana sini, sb tu lah malas nak kuar skrg ni. Nasib baik koje sendiri..leh pilih time x jem kalu nak kuar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. memang pening nanny. Huhu.. Nasibaik u jadi boss kan? hehe.. InsyaAllah, saya dalam proses nak kerja sendiri juga. Masih dalam proses menambahkan ilmu..:)

      Delete
  3. stress sngkut jem, kalau ondeway nk g keje, lg laa.. urmm
    dah kawen ni, g keje naik motor jelah. Husb hantrkan. legaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kahwin? Hehe.. Tahniah :) Nanti dah ada pemandu, tak perlu stress lagi :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...