Thursday, August 11, 2011

AWAS ! Penyagak Kredit Handphone anda..

Masa aku tengah kusyuk aku memandu van opis tadi, tiba-tiba aku terima SMS seperti di bawah. Hati aku pun pot pet pot pet macam nenek aku. Ish.. No ni lagi. Ingat aku bodoh ka? Ni la textnya...


"RM 0.00 kepada 60123456789 (Bukan no sebenar aku!), anda belum daftar Service SMS Content baru, cepat sms ON PW dan ON JW ke-36660 skrg untuk mulakan. Pendaftaran wajib!"

PERHATIAN!
Sekiranya korang terima mesej sebegini atau yang hampir macam di atas. Abaikan deh. Ianya SCAM!


Siasat punya siasat aku pun jumpa satu jawapan. Ingatkan leh jumpa sape la punya kerja ni. Tapi xde pun. Tabik spring gak aku kat diorang. Bijak tapi kalau kena ke orang yang salah, penghantar tu memang bodoh la.. Sedikit sebanyak aku sampaikan info yang aku baca berkenaan penipuan jenis di atas...

Ianya di beri nama : Manipulasi SMS Subscribe!

SMS Subscribe sebenarnya adalah satu aaplikasi SMS yang membolehkan pengguna melanggan sesuatu perkhidmatan SMS. SMS Subscribe adalah aplikasi popular yang digunakan sekarang dalam perkhidmatan SMS. Ia boleh dikenalpasti apabila format sesuatu SMS itu dimulakan dengan perkataan seperti ON, REG, DAFTAR dan sebagainya. Di kaca televisyen, contohnya adalah seperti ON CINTA, ON KAWAN, REG EPL dan sebaginya.

Kebanyakkan perkhidmatan ini sah di sisi undang-undang, tapi jika di salahguna, ia menjadi satu penipuan. Sistem SMS ini melibatkan beberapa pihak. Andaikan mangsa pernah melanggan satu perkhidmatan ini, mangsa akan hantar SMS tersebut kepada telco, seterusnya telco akan menghantar nombor pelanggan tadi ke syarikat gateway. Syarikat gateway ini adalah syarikat yang memiliki kod 5 digit seperti 3xxxx.

Seterusnya, syarikat gateway akan menghantar nombor telefon kepada SCAMMER.

Mengapa syarikat gateway bersekongkol dengan SCAMMER? Sebenarnya, syarikat gateway tidak bersekongkol untuk menipu. SCAMMER ini biasanya tidak dikenali oleh syarikat gateway. SCAMMER menghubungi syarikat gateway dan menyewa perkhidmatan SMS Subscribe. Apa yang ingin dilakukan oleh SCAMMER tidak diketahui oleh syarikat gateway.

Penipuan melalui SMS Subscribe boleh berlaku apabila SCAMMER menghantar SMS kepada mangsa tanpa mengikut syarat dan terma penghantaran yang dipersetujui mangsa.

Contohnya, apabila pelanggan menerima banyak SMS berulang secara sengaja yang dihantar oleh SCAMMER. Kadang kala SCAMMER menghantar SMS yang lebih dari jumlah yang dipersetujui oleh mangsa.

Setiap kali menerima SMS dari SCMAMMER, mangsa akan dicaj. Perkara ini boleh berlaku berulang-ulang, lebih-lebih lagi mangsa tidak tahu untuk keluar dari langganan tadi!

So, berhati-hatilah... jangan gatal-gatal tangan nak balas kalau dapat mesej macam aku kat atas tu, k!

Anda pernah terkena???


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...