Wednesday, August 17, 2011

Berhati-hati : penyagak "maybank2u.com"...

Mungkin isu ini dah lama korang survey. Dah lapuk nak post kat blog.. kan kan kan? xper... aku post balik, untuk BLOG aku sendiri.. Tapi, aku punya criter berdasarkan pengalaman aku ar.. Sebab aku pernah jadi mangsa.. hehehe..

"Aik? Dah jadi mangsa pun leh gelak ka, Mie?" soal kawan aku..
Aku pun jawab : "Memang aku jadi mangsa, tapi aku tak rugi menda pun.."
"Camtu plak?" kawanku kehairanan.. Aku plak senyum2 kerang busuk..
Aku pun mulakan cerita...

Itu hari aku punya RM adalah dalam 100 lebih dalam Maybank. 130 lau tak silap. Mana leh aku lupa amaun RM aku yang kena "tipu".. Biasalah.. melalui emel. Dah lama dah aku klik-klik login emel yang dihantar. Tapi, xde plak di tolak amaunnya. Sebab rm aku ada 0.00, mmg arr..!! Emelnya lebih kurang macam ni...




Aku pun klik la... then keluar http://www.avillion.com/www.maybank2u.com. Nampak tak perbezaannya? Kalau maybank2u yang original, website dia www.maybank2u.com, xde yang mcm de website lain permulaannya. Tapi time aku terima dulu, tahun lepas, macam2 link website dia. Cuma yang pasti, memang keluar macam website maybank2u yang original. Canggih2.. Memang hebat SCAMMER ni.. Lepas Klik, kita akan login mcm biasa. Bila dah buat semua tu, dia akan bagitahu sila tunggu selama 30 minit untuk sistem mereka refresh update balik akaun maybank2u anda. Tapi, tahukah anda, dalam masa 30 minit itulah mereka ROMPAK wang anda!

Aku masa itu, tahun 2009, baru pasang internet kat rumah. Memang jarang terdedah la dengan menda2 ni. Lepas kena baru tau, kan? Xpe, belajar dari pengalaman. Sebab itu aku leh nak cerita kat sini berdasarkan pengalaman sendiri. Sesuai ngan tag blog aku. hehe.. Ok, kita sambung balik. Apa yang terjadi lepas tu??

Kenapakah aku gelak kat atas tu? Mengapa? Sebabnya, aku dapat balik RM aku tu! Hahahaha.. Buat makluman anda, SCAMMER tidak akan SEKALI-KALI memindahkan wang ke dalam akaun mereka! Mereka kan bijak pandai, mana mungkin mereka nak masukkan RM dalam akaun bank mereka. Tak pasal-pasal kita leh tahu akaun siapa. Tahu apa yang mereka buat? Mereka akan beli pin prepaid! Bagi kes aku, inilah yang mereka beli. Kes lain aku tak tahu....

So, aku dapatkan balik no pin prepaid yang mereka beli tu (kita boleh lihat transaksi akaun kita kat maybank2u, no pin top up ada kat situ), cepat2 aku top up kredit hp aku. Nasibaik mereka beli DIGI, aku plak kebetulan ada no DIGI. Kalau no CELCOM ka, takut tak sempat aku top up, mereka dah guna. So, begitulah al-kisahnya RM aku yang di rompak melalui maybank2u, aku dapat balik. Wahai SCAMMER "bijaksana", tidak semua mangsa anda "bodoh".. Cukuplah aku diperbodohkan sekali.

Kepada pembaca, sila ambil perhatian bahawa :-

*Maybank2u tidak pernah sesekali hantar apa-apa notis melalui emel. TIDAK langsung! (Kecuali ada transaksi tranfer RM). Jika ada emel dari maybank2u yang suruh anda login untuk update security bla bla bla.. abaikan! Cepat-cepat delete lagi bagus.. Jangan gatal-gatal tangan plak nak try.. Kalau mmg nak kena, silakan.. :)

*Pastikan anda melayari perbankkan internet menggunakan URL single seperti yang saya maklumkan tadi. Sekarang maybank2u dah menaiktaraf security mereka. Printscreen seperti dibawah ni, dulu mana ada masa aku jadi mangsa (",)


"Hahahahahaha"... Kawan aku gelak...
"Bijak gak ko ni.. nasibaik RM130 je.. kalau ribu-riban, kalau ko sempat top up, bertahun-tahun la hp ko banyak kredit.."
Hehehehe...... Dunia dunia.. Macam-macam....

P/s : RM 130, penyangak tu beli RM 100, & RM 30. Kredit yang aku boleh tu bertahan sampai 4 bulan, sebab aku jarang guna no DIGI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...