Assalamulaikum...
Hari ni after kelas Bahasa Isyarat Malaysia, pergi jumpa member kat Bukit Bintang dalam tengahari. Mintak-mintak terbuka hati aku nak beli baju raya untuk diri sendiri. Biasa aku buat derk je kalau tengok baju-baju raya (Bukan cerewet, but malas nak beli sebab bagi aku, hari raya macam hari-hari biasa je)...
Tinggalkan bab di atas. Kita tengok perbezaan raya zaman sekarang dengan zaman dulu-dulu...
Pakaian.
Dulu : 5-6 pasang, wajib!
Sekarang : 1 pasang je (Baju Melayu). Tu pun hari tu je pakai. Solat Jumaat kadang-kadang pakai sebab Jumaat kerja, biasa pakai baju formal semua. Kesudahan, sidai dalam almari. Pakai bila perlu. Perempuan? Maintain 4-6 pasang (@@)...
Duit Raya.
Dulu : Terima duit raya. Paling murah, 50 sen jer...
Sekarang : Bagi duit raya. Tak main sen-sen. 3 ringgit - duit merah - duit hijau tua... kalau boleh bagi duit purple lagi molek..
Kuih-muih.
Dulu : By hand. Ori. Sedap. Murah..
Sekarang : Beli, tempah. Masih sedap but Mahal!.. segelintir wanita moden xde masa dah nak buat semua ni. Hambatan kerjaya. Kadang-kadang cuti tak dapat. Hari raya pertama baru terpacul kat pintu rumah.. (Nasib aku cuti awal, leh tolong mak balut ketupat!) hehehe..
Adab beraya.
Dulu : Kunjung mengunjung.
Sekarang : Masih ada, but jarang. Banyak lepak kat rumah habiskan biskut raya, kuih muih. Budak-budak plak asik main games dengan sepupu sepapat. Rancangan pun best, so malas nak keluar rumah. ngeeee....
Sikap & tingkahlaku (Masuk gak ker???)
Dulu : Sederhana seada-adanya. xde Over2...
Sekarang : Datang beraya, xde lain dah nak cerita. Hal jam tangan sampai kereta pasti cerita. "Jam ni aku beli ribu2", "Keta tu, beli cash"... OOoooooo.. Menunjuk2.. Tak tanya pun.. hukhukhuk..
errrkkk.. apa lagi? Semua ni dari pengalaman aku. xde ciplak2.. Aku tulis apa yang aku rasa. Apa yang aku nampak. Apa yang aku lihat.. Cuma satu yang tak luput di telan zaman, amalan maaf-memaafan di hari raya berterusan. Semoga berterusan hendaknya.. So, sempena raya yang bakal tiba ni, di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampuan daripada pembaca sekalian. Maaf atas salah, silap, kekasaran, ketumbukan, keteranjang-nan bahasa-bahasa aku kat FB, kat blog ni etc.. Buat sahabat aku, jemput datang rumah aku kat KB yer...
Sampai bersua lagi.
"Yang indah itu - Hari Raya. Yeahhhhhhhhhhhhh
No comments:
Post a Comment